Uncategorized - Written by Faizol on Sunday, May 13, 2007 15:59 - 4 Comments

Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah

Pendekatan Hands On Activity merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika PnP. Logiknya di sini, murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja.

Pendekatan ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal lagi, di mana ketika mereka di tahun satu lagi, sudah mengenal beberapa alat dan fungsi alat tersebut. Contohnya, dalam topik Conductivity of electric, murid tahun 3 dikehendaki mengenalpasti beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat objek-objek tersebut. Jadi, kita akan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh mengkonduksikan elektrik.

Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , KPS ) …setelah mereka mendapat objek-objek tersebut, tugas guru adalah memantau mereka supaya tidak membawa sebarang objek yang berbahaya ( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains )

Murid akan mula menguji bahan-bahan yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan litar…peringkat ini dikenali sebagai Experimentation ( satu lagi domain penting dalam KPS )…

Jadi, sebenarnya pihak kerajaan sedang bertungkus lumus untuk merevolusikan pendidikan sebenarnya. Peralihan dari pendekatan lama yang lebih bersifat chalk and talk akan berlaku, di mana pendekatan inquiry knowledge akan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Dan ini memerlukan calon guru yang sememangnya faham dan jelas akan apa yang dimahukan oleh KPM, calon yang bagaimanakah mempunyai ‘edge’ dan calon yang bagaimanakah yang akan gagal nanti.

Sudah tentu anda ingat kata-kata ini

sains kpli
03072006001 Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
03072006 Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah

Saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat dan saya buat saya faham ….Perkara ini akan dikupas dengan lebih lanjut di blog klien nanti, jadi kepada anda yang belum mendapatkan manual lengkap KPLI, sila dapatkan segera di http://www.ekpli.com ..

Blog Widget by LinkWithin


4 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

za
Feb 18, 2011 5:43

salam,
saya nak tau s/ada ada lagi tak kpli untul ambilan Jun2011 ni,satu lagi,saya seorang penjawat awam under KPM,boleh ke saya apply kpli ni?

Cikgu Wan
Feb 18, 2011 14:18

Salam, insyaAllah dalam bulan ini atau bulan depan akan keluar iklan ambilan Jun 2011..Untuk penjawat awam, cik hendaklah berhubung dengan Ketua Jabatan dahulu.. ada prosedurnya

annisak
Apr 20, 2011 15:42

salam….kata-kata siapa ni?…..

“Saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat dan saya buat saya faham”

Cikgu wan
Apr 24, 2011 10:27

Kata pujangga :)

Leave a Reply

Comment

Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


A