Uncategorized - Written by Faizol on Monday, August 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dan temuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .
Permarkahan dinilai berdasarkan :
1. Sijil-sijil yang lengkap
- jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)
- jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)
2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.
- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah
( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dan temuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )
3. Pengalaman Mengajar
4. Kemahiran Komunikasi
- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 MarkahÂ
ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga. Calon yang bijak, tidak hanya bergantung kepada skema pemarkahan ini tetapi mereka mempunyai SECRET WEAPON.
SECRET WEAPON inilah yang dikongsi oleh saya nanti di dalam PAKEJ EKPLI.COM . Calon yang tidak tahu akan hal ini sudah tentu akan berada dalam kebingungan dan berasa tidak sedap hati sepanjang masa. Sedangkan calon-calon yang dilatih oleh saya, mereka masuk ke bilik temuduga dengan rasa tenang dan mampu menjawab dengan ringkas serta padat serta dapat menangkis apa jua persoalan yang dikemukakan nanti.
Dan yang lebih menggembirakan lagi, mereka tahu bagaimana untuk berhadapan dengan soalan-soalan bercorak PROVOKATIF dan bersifat SERANGAN PSIKOLOGI… Malah jika mereka tidak tahu atau tidak ingat fakta sekalipun, saya telah menyediakan beberapa modul khas untuk mereka gunakan, apabila mereka tidak mampu menjawab atau lidah mereka kelu kerana mereka tidak pasti dengan jawapan.
Dan jauh sekali anda akan mendengar calon-calon ekpli.com menjawab ‘Maaf cik, saya tidak tahu…’ …Â Jika anda benar-benar serius ingin belajar dan mengkaji selok belok temuduga, hasil penyelidikan saya selama hampir 3 tahun, bolehlah ke laman web:
http://www.ekpli.com
Saya masih mengekalkan harga pada RM50, tetapi mungkin akan dinaikkan kepada RM70 sekiranya kos pengiklanan terus meningkat, jadi untuk seminggu dua ini..Anda masih dapat memiliki pakej khas ini pada harga RM50. Pakej akan diperolehi dalam tempoh 4 jam selepas pembayaran di buat, pihak saya akan memberikan
1. Download Link
2. Username dan Password
Setelah cukup 3 perkara di atas, anda boleh terus mendapatkan pakej itu dari mana-mana lokasi pada setiap masa. Sekian Terima Kasih dari saya dan SEMOGA BERJAYA !!
7 Comments
azli
affiliate boleh tapi kena beli produk dulu baru boleh jadi affiliate …
norlida
keyakinan diri saya lebih daripada tips-tips tersebut.
Cikgu Wan
keyakinan diri sahaja belum cukup, percayalah ada ribu ribu lagi calon lain mempunyai keyakinan yg tinggi juga .. kita perlu bijak mencari peluang dan ruang dari segi lain pula ..and lecturer saya cakap, dia tak heran pun kalau calon tu yakin ke tak, yg penting dia sesuai ke tak masuk IPG jadi cikgu di sekolah nanti ..
sharifah norfadella syed azmi
salam cikgu wan…
saya ingin bertanya satu perkara mengenai ebook ini. adakah ebook ini menyediakan panduan lengkap utk medsi? sebelum ini saya pernah memduduki medsi. seingat saya, ada beberapa soalan medsi mempunyai beberapa pilihan jawapan berskala. (tidak seperti insak hanya ya dan tidak)
contohnya ada 5 skala jawapan 1.sgt tidak setuju, 2.tdk setuju, 3. tidak pasti. 4. setuju. 5.sgt setuju. kalau soalan yg mempunyai skala jawapan seperti ini, apakah jawapan yg sepatutnya kita jwb? adakah setiap pilihan jawapan mempunyai markah tersendiri. adakah jawapan yg patut kita pilih hanya 1 dan 5 sahaja? cohtoh soalan: adakah anda pernah menipu? pilih 1. (jgn pilih 2 walaupun jawapan hampir sama) 1 dan 2 hampir sama jawapan. begitu juga 4 dan 5.
di harap cikgu wan dpt membantu. . saya benar2 berharap saya akan berjaya pd kali ini.
sharifah norfadella syed azmi
satu lg soalan. mereka yg jual ebook melalui tripod itu mmg tdk boleh dipercayai ke?
Cikgu Wan
Salam sharifah, berkenaan soalan MEDSI memang jawapan adalah berbentuk skala
Sangat Setuju, Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju
Prinsip menjawab masih sama dengan INSAK, cuma kali ini ia menguji tahap respon kita terhadap situasi2 kehidupan yang memerlukan kita membuat keputusan terbaik
Sebenarnya , pemarkahan adalah mengikut skala juga, jadi setiap jawapan akan mempengaruhi skor ..
Soalan adakah anda pernah menipu tu, soalan betul ke atau soalan olok2 ?
Untuk mengetahui samada seorang penjual itu scam atau tidak, cubalah hubungi mereka dan bertanyakan soalan2 …jika mereka tidak mampu menjawab atai jawapan mereka menimbulkan rasa ragu-ragu, maka tinggalkanlah mereka ..mmg ada penjual yg tak bertanggungjawab di internet, kena berhati2..mereka jual barang tapi tidak bertanggungjawab kepada barang itu, maknanya tiada after sales service, segala pertanyaan tidak dilayan selepas dijual barang ..
InsyaAllah, saya rasa cik Sharifah seorang yang bijak menilai, tepuk dada tanyalah selera
Leave a Reply
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Affiliater xnak bagi rebate kewni
?minatnie…