Bagaimanakah bakat mengajar diuji ?
Uncategorized May 6th, 2007Ramai klien yang bertanya kepada saya, bagaimanakah penemuduga dapat mengagak dan mengenalpasti potensi calon untuk mengajar dengan baik. Jadi saya sediakan beberapa video-video contoh bagaimana guru-guru baru KPLI dilatih untuk mengajar dan bagaimanakah caranya ia akan diuji nanti. Ada yang gagal, ada yang berjaya dan ada pula mendapat cemerlang. Di sini saya tunjukkan salah satu sesi mengajar yang dipanggil micro teaching. Micro teaching adalah salah satu method berkesan untuk menguji tahap pencapaian PnP guru-guru baru.
Bagaimana ?
Guru tersebut akan diberikan satu sub topik dan satu objektif pengajaran, guru tersebut hanya akan memfokus kepada sub topik dan objektif yang ingin dicapai sahaja.
Contohnya untuk Science Primary School
Learning Area : Classifying animals
Jika dilihat di sini, topik classifying animals adalah terlalu luas . Jadi seorang guru itu perlu bijak memecahkannya kepada komponen-komponen kecil dan memilih salah satu komponen yang difikirkan relevan dengan aras pencapaian murid tersebut. Video ini menunjukkan topik Year 3 Science dan beliau memilih ‘number of legs’ di dalam micro teaching beliau.
Micro teaching adalah subset kepada Macro Teaching. Macro Teaching merujuk kepada satu sesi mengajar yang lengkap, biasanya mengambil masa dari 30 minit - sejam bergantung kepada keperluan PnP.
Warning: require(/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php) [function.require]: failed to open stream: No such file or directory in /home/ekpli/public_html/blog/wp-includes/comment-template.php on line 300
Fatal error: require() [function.require]: Failed opening required '/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php' (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/ekpli/public_html/blog/wp-includes/comment-template.php on line 300