Testimoni Klien KPLI 2008 - Written by Faizol on Sunday, February 7, 2010 15:31 - 4 Comments
Benarkah anugerah guru cemerlang di sekolah tidak relevan ?
Salam kepada semua pembaca yg budiman,
Ketika ini, saya masih mengajar di sekolah. Saya bersyukur, kerana ALLAH masih lagi memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan karier sebagai seorang pendidik.
Saya akui, saya bukanlah super teacher, atau guru cemerlang, atau mengajar di sekolah prestasi tinggi….dan saya tidak lansung terlintas utk mendambakan gelaran2 tersebut, kerana bagi saya, apa gunanya gelaran jika realitinya, tidak sama..
Ramai …jika anda sudah melangkah kaki ke sekolah, anda mungkin merasa hairan, kenapa guru A mendapat anugerah guru cemerlang sedangkan realitinya, anda lihat..tidaklah secemerlang mana pun..di atas dasar apa, saya sendiri pun tidak tahu..
Tetapi majoriti yang saya lihat sendiri, kebanyakkannya mendapat anugerah tersebut di atas ‘kepentingan’ tertentu di sekolah..samada membuat kerja dengan ikhlas, atau membuat kerja untuk menunjuk-nunjuk, itu urusan kita dengan tuhan.
Kita akui, fungsi anugerah itu sebenarnya bukanlah satu simbol utk menaikkan rasa ego guru, tetapi sebagai peransang ..kita juga akui, apalah sangat rm1000 ..jika kita buat tuisyen sendiri pun sebulan boleh dapat banyak lagi, betul tak ?
Ada juga guru-guru lama yang ternyata ‘tidak senang’ dengan anugerah cemerlang ini kerana mereka seringkali dianaktirikan..ada guru yang berkhidmat selama 14 tahun tetapi tidak pernah mengecap anugerah itu..
Ada pula yang baru mengajar setahun, sudah mendapat anugerah cemerlang..ada yang sampai berkali-kali, berturut2 , membuatkan timbulnya satu perasaan dan persekitaran yang tidak sihat di sekolah..
Saya merasakan bahawa, untuk menentukan bahawa guru itu cemerlang atau tidak, bukanlah ditentukan oleh pihak pentadbiran sahaja, tetapi perlu melibatkan semua pihak..antara pihak-pihak tersebut :
1. Staff Sekolah
2. Murid
3. Ibu Bapa
4. PIBG
5. PPD
6. JPN
dan anugerah cemerlang itu pula, diperluaskan lagi skopnya…mungkin guru A kurang cemerlang dari segi didikan akademik untuk anak muridnya, tetapi dari segi ko kurikulum dan sukan, guru tersebut banyak berbakti dan menghasilkan ramai produk sekolah yang berkualiti..
Pihak pentabiran sekolah seringkali salah dalam menetapkan penanda aras guru cemerlang. Majoriti sekolah hanya mengambil kira akademik sahaja, sedangkan falsafah pendidikan negara mengatakan :
‘Pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek, dan sosial’
bersambung di posting seterusnya …
4 Comments
Kamil
Cikgu Maznah Ayop
Saya setuju dengan pendapat cikgu Wan
Kat sekolah saya pun, APC diberikan bukan atas dasar kegigihan cikgu atau bla bla bla benda positif lain
hakikatnya :
APC hanya diberikan kepada guru2 yg ada disekolah yg cukup lama dan bila sudah semua guru2 lama diberikan APC, barulah diberikan APC ini kepada cikgu2 baru …habistu naya lah kalau cikgu tu masuk mengajar, tak sampai 3-4 tahun terpaksa pindah ke tempat lain ikut suami/isteri yang datang ke sekolah baru, tak akan merasa APC ni ..kerana bila datang saja sekolah baru, APC akan diberikan kepada cikgu2 lama
di sekolah saya sendiri, APC ni bolah saya katakan tak worth the effort ..cikgu lama yang dapat pun mengajar ala kadar, semak buku budak pun tidak, semak pun tunggang langgang, masuk kelas lewat, keluar cepat, budak2 main berlari dalam kelas, dok bilik guru dok adu domba n sebar fitnah walaupun ustazah, mulut longkang, kaki bodek pentadbir, mulut celupar, tak hormat guru lain, masa aktivit di sekolah atau diluar sekolah kejenya asyik nak mengular atau nak escape
bayangkanlah umah tak sampai 10 km dari sekolah, mintak tolong datang tunggu budak malam ada perkhemahan pun boleh bagi alasan takde transport, takde sapa nak jaga anak
cikgu lain takde anak jugak ke ? cikgu lain semua ada transport keta power2 ke ? itu yang dapat APC ??
alasannya : cikgu lama, belum dapat APC ..memang lah tak dapat APC dari dulu lagi sebab di sekolah pun semua cikgu menyampah dengan dia … dapat APC pun sebab dia seorang aje dalam cikgu2 yg belum dapat
kesian bila tengok cikgu2 baru ..keje lebih, orang cakap menunjuk, membodek ,,kalo ada buat silap sket, semua nak heboh …
cikgu im
Tapi kerja ok. Tugas tu tugas ni buat ok. Bukan kipas pentadbir. Tavpi dah 14 kat sek sama tak dapat apc jugak. Timbul rendah diri pula.
Cikgu Wan
Semoga cikgu-cikgu terus tabah mengharungi dunia ini..pahala dari Allah,kekal selamanya..APC rm1000, usahlah dijadikan kayu pengukur sangat..saya tahu perkara ni,memang berlaku..kesian..kadang2,kerana perbezaan ideologi politik pun menyebabkan ada yg tersisih..dunia hanya sementara..ada yg patut dapat, tak pernah dapat kerana membenci amalan membodek pentadbir…hiduplah dalam rasa bangga diri kerana menolak amalan itu..saya mmg respek kalo yg dapat adalah to those who deserves it not to those who think they deserves it..
Leave a Reply
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 7 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Dahulu guru cemerlang dikenali sebagai guru pakar. Dengan lain perkataan guru itu pakar dalam subjek yang tertentu. Pakar dalam bidang perguruan tidak sama pakar dalam bidang perubatan, akauntan, jurutera. Hal ini kerana guru berhadapan dengan pelajar yang bernama manusia. Adalah mustahil bagi guru hendak menetapkan pencapaian pelajar dalam satu-satru tahun itu. Sebagai contoh orang yang bekerja di kilang boleh menetapkan sasaran kuantiti yang hendak dikeluarkan dalam jangka masa tertentu. Bagi guru, untuk menetapkan jumlah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang sukar untuk menjadi kenyataan. Hal ini kerana guru perlu berusaha tetapi pada akhirnya ditangan pelajar yang akan menentukannya dengan izin yang maha Esa.
Menjadi isu guru cemerlang kerana gagal melahirkan jumlah pelajar yang cemerlang. Dalam kes sebegini kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus kepada guru cemerlang. Sebagai mana yang saya katakan tadi kita bahan kita adalah manusia. Mempunyai emosi, permasalahan yang boleh mengakibatkan keputusan peperiksaan. Sebagai guru cemerlang memang kadang kala sering berkata guru cemerlang itu sama saja dengan saya atau lebih teruk lagi. Oleh yang demikian untuk menangkis tomahan sebegini, guru cemerlang mesti mempunyai program yang teratur supaya guru-guru biasa dan pentadbir dapat melihat kesungguhan yang mereka lakukan. Pencapaian adalah perkara kedua. Program yang diatur itu mestilah dapat dilihat dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jka usaha telah dibuat tetapi pencapaian tidak seperti diharapkan itu tidak akan menjadi isu lagi. Hal ini yang demikian semua pihak sudah melihat usaha-usaha yang guru cemerlang telah lakukan. Guru cemerlang perlu mempertahankan diri anda supaya anda tidak dicemuh oleh guru-guru biasa. Jika anda bersikap sama dengan guru-guru biasa tidak ada sesuatu yang nampak usaha maka tidak mustahil status guru cemerlang sering diperkatakan. Terima kasih.