Patut beli atau tidak ?

kpli 3 Comments »

Ada beberapa calon yang berjaya dipanggil temuduga menelefon dan bertanya saya :

‘Cikgu Wan, patut ke saya beli manual tu ? Saya interview ….bla…bla…’

Lantas saya bertanya :

‘U dah prepare ke belum untuk temuduga ni ? Apa plan u nanti ?

Jawab mereka :

‘Entahlah cikgu, saya tak prepare dan tak plan ape ape pun’ ‘Susah ker ? ‘Kawan saya cakap senang aje…just kena yakin, cakap aje jangan berhenti….tunjuk proaktif….Kena pandai goreng ayat..kalau tak tahu cakap tak tahu ‘

Saya pun membalas :

‘Ler, siapa kawan awak tu ? Awak tahu tak, ada hampir 15 ribu lagi calon yang memang sudah tahu, bila nak temuduga kena yakin, kena pandai bercakap, kena proaktif, kena pandai goreng ayat dan perkara-perkara tadi ? Macamana penemuduganak membezakan awak nanti ? That’s not something new, semua orang tahu dan semua yang berjaya ke temuduga memang prepare ikut petua tu…tapi apa yang akan u pelajari dengan saya jauh lebih mendalam lagi…siap ada video saya tunjuk nanti..

Mereka jawab :

‘Entahlah cikgu wan, saya rasa kalau ikut petua tu boleh lulus kot…saya nak lulus aje, lepas dah masuk maktab ok lah’

Saya jawab :

‘ Cik, yakin sahaja belum cukup….Saya berani kata yang hampir 90% calon yang akan ditemuduga sudah berlatih untuk naikkan keyakinan diri ni….Pasal cakap pula, pandai bercakap tu terlalu umum..Cik tahu ke apa yang dimahukan oleh penemuduga dan semua orang boleh bercakap…hatta lepasan diploma pun boleh cakap….Kalau nak goreng, satu aje cik…penemuduga ni bukan bodoh, mereka ni bukan calang-calang orang tau…Siap pengarah maktab turun padang nanti, u tak takut ke ? Pernah dengar cerita calon india yang terkencing dalam seluar sebab kena marah dan diherdik masa temuduga ?

Calon : Tak pernah cikgu wan….susah sangat ke temuduga sampai gitu sekali ?

Saya : Tak susah pun tapi ramai calon yang anggap senang, so bila dah kena tu, itu tak tahu, ini tak tahu..habis tu semua awak tak tahu camana awak nak jadi cikgu ? Ini belum kena betul-betul depan penemuduga yang taraf Datuk lagi, siap-siap terkencing dalam seluar sebab tak boleh jawab nanti…Jangan sampai penemuduga cakap ‘ Ini ke tahap degree awak ? sudahlah…. Awak tahu tak bagaimana saya train calon ekpli untuk hadapi temuduga ni ? Maaf saya tak train mereka untuk pandai goreng, pandai ayat, kalau tak tahu jawab tak tahu…saya tak aniaya orang cik…itu semua common sense, tak beli buku pun boleh fikir sendiri…tapi cik kena ingat, setiap tahun format temuduga berbeza…tak semua orang tahu perkara ni…cik amik opsyen apa tadi ?

Calon : Opsyen Sains, nape cik ?

Saya : Awak tahu tak etems tu apa ? Awak tahu kan mulai 2008, murid sekolah rendah WAJIB jawab exam Science dan Math dalam English dan PnP dalam kelas mesti 100% english…

Calon : Maaf cik wan, saya tak tahu semua tu….serius, saya tak baca apa pun..saya dok hafal Falsafah pendidikan negara, isu-isu negara, dasar2 kerajaan, sekolah wawasan,sekolah kluster, isu-isu luar negara…

Saya : Cik, perkara-perkara tu sebenarnya tak perlu hafal pun..kalau pun cik hafal, cik tak akan ingat semuanya semasa temuduga..cik tak akan ada banyak masa nak ingat semua tu…Cik tahu tak ‘Skor’ temuduga nanti tak ambil kisah pun benda2 tu semua, at least kita kena jawab juga..ada banyak lagi benda yang cik tak beritahu saya dan kalau cik masuk bilik penemuduga dengan persediaan macam tu, saya khuatir cik tak dapat yakinkan mereka nanti..

Calon : Kenapa pulak cik wan, bukan ke benda-benda tu aje yang akan keluar nanti..siap diorang bagi lagi list kat saya benda2 yang nak kena tahu

Saya : Cik, habis tu calon lain tak boleh bagi jawapan ke untuk soalan2 tu nanti..cik kena ingat, mereka tu pun semua degree holder, ada yg ada master dan ada yang memang ‘hari-hari study’ benda tu masa keje….Jadi kalau semua benda tu calon dah tahu, penemuduga akan nilai kualiti lain..yang itulah cik akan belajar dari saya nanti…Takkan saya nak beri panduan bagaimana nak hafal rukun negara, falsafah pendidikan negara kot cik….baik saya tak payah buat manual cik, benda tu common sense pun boleh pikir dah…

Calon : Habis tu saya nak study apa cik wan ? saya konfius lah, takut ni..tarikh temuduga nak dekat dah, study pasal dasar2 kerajaan belum lagi….falsafah and rukun negara tak hafal lagi..lagu kami guru malaysia tak hafal lagi..nama menteri tak hafal lagi….cik wan tolonglah saya, saya betul-betul tak leh nak pikir lagi …apa yang mereka uji sebenarnya..???

Saya  : Relaks cik, sebab tu lah saya tanya tadi cik ada plan tak..takde..ada prepare tak…tak…masa tu pun saya dah agak cik akan bermasalah nanti, dengar cakap2 member, pakcik, sedara mara boleh cik tapi yang nak ditemuduga cik bukan mereka…sapa-sapa pun boleh bagi nasihat cik, sifat semulajadi manusia memang gitu suka bercakap dan suka beri pendapat..if we don’t plan then we are planning to fail…

Calon : Tolonglah cik wan….camana saya nak buat…

Saya  : Cik tahu tak apa itu teknik believer ? apa itu teknik Flamingo ? Apa itu teknik alihan risiko ?

Calon : Tak tahu, kawan-kawan KPLI saya tak pernah citer pun ?

Saya  : Kalau cik nak tahu jugak, cik kena miliki panduan saya..saya siap terangkan dalam bentuk video lagi…pernah tengok micro teaching cikgu sains ? bagaimana every step dihuraikan ? apa yang perlu di ajar dan apa yang perlu di beri penekanan ?

Calon : Serius cik wan saya betul-betul blur sekarang….kalau saya tak tahu benda2 tu tak boleh ke ?

Saya  : Tepuk dada tanya selera cik..bukan saya yang nak ambil temuduga ni tapi cik..kalau saya lah jadi cik, saya mesti nak tahu jugak teknik2 tu dan apa sebenarnya yang diuji dan diukur semasa temuduga nanti….Cakap-cakap kawan,sedara mara,datuk-datuk ni bukan takleh pakai cik tapi it’s way too risky…kalau betul-betul nak go on utk temuduga ni, saya cadangkan cik tahu semua benda tu tapi kalau setakat nak main-main dan harap kabel, saya tak leh nak cakap apa lah..terpulanglah…Kalau cik nak tahu, dah ramai calon eKPLI yang khatam teknik2 tu, siap berlatih hari2 ..tak takut ke nanti bila u sampai aje ke depan bilik temuduga, u tengok ada 6 orang…3 orang tu rilek aje tunggu turn diorang, yang 3 orang lagi tak habis-habis menggelabah, baca nota sana sini, belek buku…kemudian bila tiba turn yang 3 orang relak tu, berdentum2 aura temuduga mereka , dengar sampai ke luar siap penemduga tepuk tangan cakap very good lagi…yang 3 lagi tak habis2 kena marah, kena tengking, keluar bilik temuduga merah mata nangis2 ….bila u tanya yang 3 orang rilek tu, depa tanya ‘lar…tak baca manual ekpli ke ?…..Saya tidak mahu cik end up macam 3 orang yang merah mata kena marah tu, itu aje….semuanya terpulang pada cik…

Calon : Kalau gitu cik wan, saya nak beli lah manual tu….saya cam tak sedap hati pulak takde manual tu sebab orang lain tahu , saya tak tahu…daripada kena marah, kena tengking dengan penemuduga baik saya prepare btol2…

Saya : Alhamdulillah…

Testimoni KPLI hari Ahad

kpli No Comments »

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya dapat satu lagi testimoni..agak panjang

Selamat Pagi Cikgu Wan,

   Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada cikgu kerana atas
nasihat, tunjuk ajar dan panduan MTEST Kpli 2007 cikgu
itu, saya telah lulus dalam MTEST bagi tahun ini.Untuk
pengetahuan cikgu, saya telah mengikuti MTEST selama 2
kali berturut-turut sebelum ini namun saya tidak
berjaya melepasinya sehinggalah saya menjadi pelanggan
dan mendapat E-book Rahsia Lulus Cemerlang MTEST KPLI
cikgu itu.Jadi, saya ucapkan terima kasih yang tidak
terhingga sekali lagi.

   Saya memilih untuk mengambil opsyen Pemulihan Khas
pada tahun ini.Jadi, saya ingin meminta pandangan dan
khidmat nasihat cikgu berkenaan dengan opsyen
tersebut. Di sini ada beberapa kemusykilan saya
berkenaan dengan opsyen tersebut, iaitu spt. berikut:

1. Apakah mata pelajaran SPM yang perlu saya nyatakan
   semasa temuduga nanti yang berkaitan dengan
   Pemulihan Khas?

   UNTUK MAKLUMAN CIKGU, BERIKUT ADALAH ANTARA SUBJEK
YANG SAYA AMBIL SEMASA MENDUDUKI SPM DAHULU:

  a. Bahasa Malaysia
  b. Matematik
  c. Bahasa Inggeris
  d. Sejarah
  e. Reka Cipta
  f. Matematik Tambahan
  g. Biologi
  h. Kimia
  i. Fizik

             DAN 

   Saya memiliki Ijazah Pengajian Maklumat (Kep.)dalam
pengkhususan Pengurusan Rekod. Sekarang, saya bertugas
sebagai Pengurus Operasi dan menjadi pengurus/penyelia
untuk projek syarikat tempat saya bekerja. Antara
tugas saya ialah mengurus pentadbiran dan
pengoperasian syarikat dan projek, menyelia pekerja
dan terlibat dalam pengurusan sistem maklumat
syarikat, iaitu mewujudkan dan mengurus sistem
pangkalan data (Data Entry & Records Keeping).Jadi,

2. Pada pandangan cikgu,apakah unsur/maklumat yang
perlu saya ketengahkan nanti apabila penemuduga
bertanyakan soalan: Bagaimanakah anda mengaplikasikan
bidang pengajian anda semasa di universiti dan
pengalaman kerja anda dalam pengajaran murid-murid
Pemulihan Khas?

  Ini bukanlah soalan berkenaan Pemulihan Khas tetapi
saya ingin meminta pendapat cikgu tentang perkara ini.

  Saya akan berkahwin pada bulan September 2007 ini
dan saya akan menduduki temuduga KPLI pada 20 Ogos
2007.Jadi, apakah status yang perlu saya nyatakan di
dalam borang maklumat peribadi saya nanti (Bujang atau
Berkahwin)?

   Harap cikgu dapat membantu saya dalam menjawab
persoalan-persoalan yang saya nyatakan di atas.

Sekian,terima kasih.

Testimoni lagi..

kpli 2 Comments »

 Assalamualaikum wbt,

 Hari ini ada lagi testimoni dari klien…saya terima menerusi email..alhamdulillah, setiap hari hati saya gembira dan berasa puas kerana secara tidak lansung, saya sedang membantu calon untuk merubah nasib hidup mereka…Saya nak sangat jumpa anda tetapi disebabkan kesibukan kerja dan tanggungjawab di sini, saya hanya mampu mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda sudah berjaya….Alhamdulillah

Assalamualaikum En. Wan Faizol,

          Alhamdulillah, hasil drp nasihat & panduan En. Wan Faizol berikan, isteri saya telah berjaya menerima tawaran KPLI ambilan Julai 2007 di Institut Perguraun Ilmu Khas, Bandar Tun Razak. Daftar pada hari Isnin depan (16/7/07).

Testimoni KPLI seterusnya

kpli 4 Comments »

Saya terima testimoni kejayaan lagi dari klien eKPLI hari ini…Melalui SMS dan email, Alhamdulillah saya berasa syukur kerana anda sudah melepasi ‘first stage’ dalam KPLI…Second stage is most important, so keep it up dan teruskan usaha anda….Oh ya, jangan lupa ke portal KPLI baru tu, masukkan username dan password yang saya berikan dan lihat video-video terbaru yang saya masukkan…You will be surprised dengan apa yang saya temui setakat ini, dan ianya very practical dan boleh diaplikasikan semasa temuduga nanti…To all, you’re the best !!

Ok, inilah testimoni sehingga petang ini..

” Yeah, kami sudah berjaya !! Opss, nanti dulu …temuduga belum lagi ya..hehe…takpe, celebrate ok tapi jangan terlalu ghairah, ada satu lagi ‘perang besar’ yang perlu anda semua lalui’

Pertama :

Assalammualaikum En Wan… alhamdulillah saya telah berjaya di panggil interview KPLI sekolah rendah dlm bidang sains di IPRM seremban pada 30 hb Julai ini. Terima kasih atas nasihat n tips2 yg en wan bagi sebelum ini sehingga sy boleh berjaya dlm mtest baru3 nih. Formula2 yg en wan bagi mmg banyak membantu. Sy hari ini telah bangun awal2 pagi kerana terinngatkan result yg keluar hari ini dan terus meng’check’ di laman web kpm apabila sampai di ofis. Syukur lah sy berjaya. Sy harap en wan akan terus memberi tips yg berguna utk interview nanti.

Kedua

A’kum cikgu wan.

Alhamdulillah saya baru saja mendapat khabar gembira kerana layak dipanggil temuduga KPLI ambilan Januari 2008 pada 2 OGOS 2007 ini. Walaupun baru layak ditemuduga adalah besar hasrat dan impian saya untuk berjaya ditawarkan kursus ini. Setelah 3 tahun saya memohon, inilah kali pertama saya dipanggil temuduga.

Saya lulusan Ijazah sarjana muda perakaunan. Unutk 2 tahun sebelum ini, saya memohon subjek matematik. Bagaimanapun hayan dipanggil setakat mtest sahaja. Kali ini saya memohon subjek pendidikan islam. Mungkin rezeki saya dipanggil untuk temuduga walaupun sedikit pelik kerana ianya tiada kaitan dengan pendidikan saya di universiti.

Apapun saya sangat2 bersyukur dan pastinya mengharapkan tuah saya berterusan. Sedari kecil saya memang menanam hasrat untuk menjadi pendidik. Saya amat2 berterima kasih di atas ebook yang cikgu usahakan. Oleh itu saya mengharapkan sedikit panduan yang sangat2 berguna dari cikgu untuk persediaan saya kelak.

Untuk pengetahuan cikgu, saya memang tiada pengalamn mengajar secara formal (disekolah). Ini membuatkan saya sedikit gusar akan kelayakan saya. Saya cuma pernah mengajar tuition bagi anak2 buah dan jiran2 sahaja. Adakah ini boleh membantu saya?

Sekian dulu. Terima kasih atas perhatian cikgu. ( ok check email, saya dah emailkan apa persediaan yang perlu dilakukan..syyy..jangan beritahu orang tau, TOP SECRET )

Ketiga

a’kum cik wan. saya dapat interview kpli2008 pada 6hb ogos nanti. saya sebenarnya memang worst dalam english. kemahiran komunikasi saya dalam english memang teruk. dalam spm pun dapat 7 english. saya terminta jurusan sains untuk kpli ni. macam mana yer nak bagi confident untuk menjawab interview nanti . saya tak yakin kalau dia suruh mengajar dalam english nanti. macam mana ni ?? tolonglah cik wan… ( check email, saya dah tambah beberapa video yang boleh membantu anda untuk interview dalam english….jangan bimbang, applykan teknik KISS tu..Keep It Simple Steady ) …..( just focus pada bahagian yang telah saya huraikan kat manual dan portal tu, tengok video dan apply…kalau still problem, saya akan direct terus melalui telefon…)

Keempat : ( mak aiii, banyak sangat ni, saya masukkan dulu yang mana latest ok, tak larat dah saya nak letak semua..)

Akum cikgu Wan,Sy Adam dari Sabah. Saya telah ikut panduan dalam ebook tu dan telah layak untuk ditemuduga. Happy sangat sebab tak sangka boleh dapat..Terima kasih banyak2…

Bangkitlah wahai Jiwa Guru,

Di dalam dirimu ada ‘ada kekuatan’,

Dan mereka memerlukan ‘kekuatan tersebut’

Bangkitlah wahai wira yang terpendam,

Engkau tidak sedar bahawa dalam dirimu

Ada kuasa tersebut

Bangunlah dan usah lena lagi…

Lihat ke hadapan dan cipta kejayaan

Kerana itulah distinasi setiap WIRA !!

-adaptasi video di bawah ini…inilah kehidupan guru dan inilah yang anda akan hadapi..Bangunlah wahai guru !!

Testimoni seterusnya untuk KPLI

kpli No Comments »

Kursus perguruan lepasan ijazah KPLI

Hari ini saya menerima lagi testimoni KPLI dari salah seorang pembeli manual ‘Pakej Formula KPLI Luar Biasa’ bagi menghadapi temuduga KPLI ambilan Julai 2007.

Encik Wan Sahizan yang berasal dari Selising, Kelantan dan kini bekerja di Bandar Baru Bangi menghubungi saya pada jam 3 petang tadi untuk mengucapkan terima kasih dan berkongsi kegembiraan beliau. Beliau berjaya melepasi Ujian Fizikal dan Ujian Temuduga KPLI dengan berpandukan Manual yang saya sertakan di dalam Pakej KPLI…InsyaAllah, pada 16hb Julai ini beliau akan melaporkan diri di IPG Perlis dan akan memulakan karier baru di dalam profesion perguruan…

Saya sempat bertanyakan beberapa soalan kepadanya, dan memang saya sudah mengagak, beliau ada potensi untuk berjaya berdasarkan semangat yang ditunjukkan. Beliau juga memang sentiasa bertanya kepada saya dan menelefon saya, dan saya memang ‘all out’ menolong beliau.

Saya mohon maaf sekiranya kualiti Audio temubual saya ini agak kurang kerana ianya dilakukan secara spontan dan secara manual recording… Sehingga kini, sudah 2 orang calon opsyen PJK yang menghubungi saya dan ikhlas saya katakan, saya amat gembira..Gembira kerana akhirnya usaha anda dibalas dengan kejayaan dan anda bijak membuat keputusan untuk memiliki sebuah rujukan yang ‘WAJIB’ dimiliki oleh setiap calon KPLI…

Saya akan terus memuatkan berita-berita gembira calon-calon eKPLI yang lain selepas ini. Kepada calon yang masih belum menelefon saya, anda boleh menghubungi saya di talian 012-684 6586 untuk berkongsi kejayaan bersama. Saya memerlukan sokongan dan testimonial kejayaan anda.

Bolehlah klik pada butang play yang kecil di bawah ini untuk memainkan video ini…Disyorkan agar anda meletakkan volume speaker pada maximum kerana bunyinya agak perlahan sedikit…Semoga berjaya !!

Kursus perguruan lepasan ijazah KPLI

Testimoni terbaru KPLI

kpli, Temuduga No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Beberapa calon ekpli sudah berjaya ke IPG setelah ditemuduga pada ambilan Julai 2007 yang lepas, saya ada masukkan video perkongsian penglaman dengan mereka di link di bawah ini…Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon yang berjaya dan kepada calon yang masih belum mendapatkan manual EKPLI, segeralah membuat keputusan kerana kita tidak ada cukup masa lagi.

Calon Ekpli berkongsi pengalaman temuduga

( sila klik pada link di atas ini untuk melihat video tersebut, terima kasih )

Contoh Micro teaching Sains

Uncategorized No Comments »

Di sini, ingin saya kongsikan bersama sebahagian daripada video-video micro teaching terbaik KPM. Guru-guru ini dipilih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) .

Ada calon KPLI yang bersedia membawa laptop untuk temuduga

kpli 2 Comments »

Ada calon yang sanggup bawa laptop demi temuduga ?

Saya ada berbual-bual dengan salah seorang klien eKPLI dan saya terperanjat kerana selepas membaca dan mengkaji Formula temuduga KPLI, beliau mengambil keputusan untuk membawa sebuah laptop untuk meningkatkan kebarangkalian diterima masuk ke IPG. Beliau sangatlah teruja dengan idea-idea yang saya berikan di dalam manual lengkap KPLI dan telah mengkaji dengan teliti video-video serta nota-nota di blog.

Jadi usah terkejut jika anda terjumpa ada beberapa orang calon yang membawa laptop ketika temuduga nanti. Ia bukanlah wajib malah tidak disebutkan pun tetapi beliau memikirkan, persaingan untuk tahun 2008 adalah sengit lalu beliau mengambil keputusan untuk membawanya.

Tambahan pula, beliau sememangnya amat mahir dalam komputer dan animasi FLASH, jadi saya telah memberikan beberapa manual penting kepadanya supaya sesi temuduga beliau berlaku dengan jayanya. Bakat dan minat beliau sememangnya amat diperlukan di sekolah dan di Kementerian Pelajaran Malaysia, dan beliau yakin untuk ditemuduga.

Saya tahu mungkin ini sesuatu yang pelik dan tidak pernah dibuat oleh calon lain tetapi saya sukakan sikap beliau yang terbuka dan sentiasa ingin memajukan diri sendiri. Saya terpesona dengan idea-idea temuduga beliau dan menyakinkan beliau bahawa apa yang beliau sedang sediakan itu adalah lebih daripada memadai. Tetapi beliau tidak mahu bergantung hanya pada nasib sahaja, malah ingin memberikan 200% untuk temuduga pada bulan Ogos 2007 nanti.

Bukan niat saya untuk menakutkan sesiapa tetapi ini adalah realiti yang anda harus hadapi..Sebenarnya masih ramai lagi calon eKPLI yang sudah bersedia dengan bermacam-macam persediaan, dari pelbagai opsyen. Sungguh menarik dan menonjolkan pemikiran ‘di luar kotak’ dengan begitu baik sekali. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana anda semua sudahpun jelas dan tidak sabar-sabar lagi untuk ditemuduga.

Saya tidak mahu anda dikecewakan nanti kerana terlalu yakin atau terlalu ambil mudah tentang aspek temuduga ini. Saya juga tidak mahu anda keluar dari bilik temuduga dengan muka merah padam kerana GAGAL memenuhi kehendak dan keperluan penemuduga.

Ramai yang bertanya, bagaimanakah caranya saya membimbing calon-calon KPLI ? Jawapannya = Rahsia… ;)

Adakah anda juga mempunyai idea-idea begitu atau masih lagi menghafal isu-isu semasa negara ? Dapatkan segera Pakej Formula KPLI Luar Biasa edisi 2008 dengan segera di http://www.ekpli.com

Harga Kekal RM50

kpli 3 Comments »

Perhatian buat pembeli Ebook ekpli.com,

Adalah diumumkan di sini bahawa harga pakej ekpli akan dikekalkan RM50 hingga ke bulan Ogos..Sila abaikan pengumuman di halaman pembelian yang menetapkan harga RM70 selepas 30 hb, harga tersebut sudahpun dibatalkan dan harga ebook akan dikekalkan pada RM50

Sekian terima kasih

Priority peperiksaan Mtest..ramai yang tidak tahu

kpli No Comments »

Calon-calon KPLI seluruh negara sudah pun balik ke rumah masing-masing hari ini setelah bergelut dengan Mtest pada pagi ini…Bagaimanakah yang anda dapat rasakan ? Sudah tentu ada calon yang menjawab :

‘ Tak sempat’

‘ Nasib baik study semalam’

‘ Nape cepat sangat habis masa ? ‘

‘ Tawakkal aje lah, dah usaha sebelum ni’

‘ Menyesalnya aku tak tido awal semalam ‘

‘ Nape rasa ngantuk sangat masa jawab math tadi ?’

Apa apa pun jawapannya, mtest sudah berlalu..Tetapi tahukah anda, bagaimana skor anda akan dikira nanti…Perhatikan dulu …Masihkah anda ingat susunan exam pagi tadi ?

‘Start dengan paper mana ?’

‘Berakhir dengan paper mana ?’

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, susunan priority untuk anda skor adalah seperti berikut :

1.Matematik

2.English

3. Insak

4. Analitikal

5. BM

ini bermakna, pihak Bahagian Pendidikan Guru sebenarnya meletakkan math, english, dan insak sebagai pendahulu kepada subjek-subjek lain….Kerana itulah, saya sudahpun berpesan kepada klien-klien bahawa untuk Mtest kali ini, tumpuan sebenar anda adalah subjek yang mana ? Dan bagaimanakah kesannya kepada skor keseluruhan anda nanti..

Sengaja pihak BPG meletakkan English sebagai susunan priority kedua, tahukah anda mengapa ?

Ini adalah disebabkan masa depan sekolah rendah sudah tidak sama dengan dulu…Jika dulu, murid belajar matematik dan sains di dalam bahasa melayu, kini sudah dalam bahasa inggeris.

Jika dahulu, kelas pemulihan hanya memulihkan murid dalam bahasa melayu, kini guru pemulihan diwajibkan untuk menguasai bahasa inggeris lantaran matematik sudahpun mula di ajar sepenuhnya di dalam bahasa inggeris

Jadi saya harap anda sudapun dapat melihat, future pendidikan di Malaysia sebenarnya dan kenapakah anda WAJIB mendapatkan manual temuduga saya untuk persediaan bulan Ogos 2007 ini nanti….

Ianya mungkin perkara kecil bagi anda tetapi tidak kepada pihak penemuduga….dan jika calon datang untuk ditemuduga dengan hanya bersandarkan bacaan-bacaan outdated dan hanya sekadar menghafal falsafah pendidikan kebangsaan sahaja, sudah tentu teruk anda akan terkena nanti…

Dan kerana itulah, untuk persediaan bulan Ogos ini, saya bersusah payah membuat survey, bertanya, membuat research dan melakukan hampir segala-galanya untuk anda, dengan harapan anda akan masuk ke bilik temuduga dengan rasa penuh yakin dan tidak dikuasai perasaan takut-takut lagi….

Oh ya, klien-klien sekalian…tugas anda baru sahaja bermula…..bulan Ogos terdapat satu lagi cabaran yang perlu anda semua hadapi, bersiap-sedialah dengan membaca dan mempraktikkan tips-tips yang saya berikan di blog klien nanti…

‘Small changes do bring BIG changes…for those who know the exact secrets and the right recipes’….

Wan Faizol b Wan Mat

http://www.ekpli.com


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory