Saya terima testimoni kejayaan lagi dari klien eKPLI hari ini…Melalui SMS dan email, Alhamdulillah saya berasa syukur kerana anda sudah melepasi ‘first stage’ dalam KPLI…Second stage is most important, so keep it up dan teruskan usaha anda….Oh ya, jangan lupa ke portal KPLI baru tu, masukkan username dan password yang saya berikan dan lihat video-video terbaru yang saya masukkan…You will be surprised dengan apa yang saya temui setakat ini, dan ianya very practical dan boleh diaplikasikan semasa temuduga nanti…To all, you’re the best !!

Ok, inilah testimoni sehingga petang ini..

” Yeah, kami sudah berjaya !! Opss, nanti dulu …temuduga belum lagi ya..hehe…takpe, celebrate ok tapi jangan terlalu ghairah, ada satu lagi ‘perang besar’ yang perlu anda semua lalui’

Pertama :

Assalammualaikum En Wan… alhamdulillah saya telah berjaya di panggil interview KPLI sekolah rendah dlm bidang sains di IPRM seremban pada 30 hb Julai ini. Terima kasih atas nasihat n tips2 yg en wan bagi sebelum ini sehingga sy boleh berjaya dlm mtest baru3 nih. Formula2 yg en wan bagi mmg banyak membantu. Sy hari ini telah bangun awal2 pagi kerana terinngatkan result yg keluar hari ini dan terus meng’check’ di laman web kpm apabila sampai di ofis. Syukur lah sy berjaya. Sy harap en wan akan terus memberi tips yg berguna utk interview nanti.

Kedua

A’kum cikgu wan.

Alhamdulillah saya baru saja mendapat khabar gembira kerana layak dipanggil temuduga KPLI ambilan Januari 2008 pada 2 OGOS 2007 ini. Walaupun baru layak ditemuduga adalah besar hasrat dan impian saya untuk berjaya ditawarkan kursus ini. Setelah 3 tahun saya memohon, inilah kali pertama saya dipanggil temuduga.

Saya lulusan Ijazah sarjana muda perakaunan. Unutk 2 tahun sebelum ini, saya memohon subjek matematik. Bagaimanapun hayan dipanggil setakat mtest sahaja. Kali ini saya memohon subjek pendidikan islam. Mungkin rezeki saya dipanggil untuk temuduga walaupun sedikit pelik kerana ianya tiada kaitan dengan pendidikan saya di universiti.

Apapun saya sangat2 bersyukur dan pastinya mengharapkan tuah saya berterusan. Sedari kecil saya memang menanam hasrat untuk menjadi pendidik. Saya amat2 berterima kasih di atas ebook yang cikgu usahakan. Oleh itu saya mengharapkan sedikit panduan yang sangat2 berguna dari cikgu untuk persediaan saya kelak.

Untuk pengetahuan cikgu, saya memang tiada pengalamn mengajar secara formal (disekolah). Ini membuatkan saya sedikit gusar akan kelayakan saya. Saya cuma pernah mengajar tuition bagi anak2 buah dan jiran2 sahaja. Adakah ini boleh membantu saya?

Sekian dulu. Terima kasih atas perhatian cikgu. ( ok check email, saya dah emailkan apa persediaan yang perlu dilakukan..syyy..jangan beritahu orang tau, TOP SECRET )

Ketiga

a’kum cik wan. saya dapat interview kpli2008 pada 6hb ogos nanti. saya sebenarnya memang worst dalam english. kemahiran komunikasi saya dalam english memang teruk. dalam spm pun dapat 7 english. saya terminta jurusan sains untuk kpli ni. macam mana yer nak bagi confident untuk menjawab interview nanti . saya tak yakin kalau dia suruh mengajar dalam english nanti. macam mana ni ?? tolonglah cik wan… ( check email, saya dah tambah beberapa video yang boleh membantu anda untuk interview dalam english….jangan bimbang, applykan teknik KISS tu..Keep It Simple Steady ) …..( just focus pada bahagian yang telah saya huraikan kat manual dan portal tu, tengok video dan apply…kalau still problem, saya akan direct terus melalui telefon…)

Keempat : ( mak aiii, banyak sangat ni, saya masukkan dulu yang mana latest ok, tak larat dah saya nak letak semua..)

Akum cikgu Wan,Sy Adam dari Sabah. Saya telah ikut panduan dalam ebook tu dan telah layak untuk ditemuduga. Happy sangat sebab tak sangka boleh dapat..Terima kasih banyak2…

Bangkitlah wahai Jiwa Guru,

Di dalam dirimu ada ‘ada kekuatan’,

Dan mereka memerlukan ‘kekuatan tersebut’

Bangkitlah wahai wira yang terpendam,

Engkau tidak sedar bahawa dalam dirimu

Ada kuasa tersebut

Bangunlah dan usah lena lagi…

Lihat ke hadapan dan cipta kejayaan

Kerana itulah distinasi setiap WIRA !!

-adaptasi video di bawah ini…inilah kehidupan guru dan inilah yang anda akan hadapi..Bangunlah wahai guru !!