kpli - Written by Faizol on Sunday, July 15, 2007 7:05 - 0 Comments
Testimoni KPLI hari Ahad
Assalamualaikum wbt
Hari ini saya dapat satu lagi testimoni..agak panjang
Selamat Pagi Cikgu Wan,
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada cikgu kerana atas
nasihat, tunjuk ajar dan panduan MTEST Kpli 2007 cikgu
itu, saya telah lulus dalam MTEST bagi tahun ini.Untuk
pengetahuan cikgu, saya telah mengikuti MTEST selama 2
kali berturut-turut sebelum ini namun saya tidak
berjaya melepasinya sehinggalah saya menjadi pelanggan
dan mendapat E-book Rahsia Lulus Cemerlang MTEST KPLI
cikgu itu.Jadi, saya ucapkan terima kasih yang tidak
terhingga sekali lagi.
Saya memilih untuk mengambil opsyen Pemulihan Khas
pada tahun ini.Jadi, saya ingin meminta pandangan dan
khidmat nasihat cikgu berkenaan dengan opsyen
tersebut. Di sini ada beberapa kemusykilan saya
berkenaan dengan opsyen tersebut, iaitu spt. berikut:
1. Apakah mata pelajaran SPM yang perlu saya nyatakan
semasa temuduga nanti yang berkaitan dengan
Pemulihan Khas?
UNTUK MAKLUMAN CIKGU, BERIKUT ADALAH ANTARA SUBJEK
YANG SAYA AMBIL SEMASA MENDUDUKI SPM DAHULU:
a. Bahasa Malaysia
b. Matematik
c. Bahasa Inggeris
d. Sejarah
e. Reka Cipta
f. Matematik Tambahan
g. Biologi
h. Kimia
i. Fizik
DAN
Saya memiliki Ijazah Pengajian Maklumat (Kep.)dalam
pengkhususan Pengurusan Rekod. Sekarang, saya bertugas
sebagai Pengurus Operasi dan menjadi pengurus/penyelia
untuk projek syarikat tempat saya bekerja. Antara
tugas saya ialah mengurus pentadbiran dan
pengoperasian syarikat dan projek, menyelia pekerja
dan terlibat dalam pengurusan sistem maklumat
syarikat, iaitu mewujudkan dan mengurus sistem
pangkalan data (Data Entry & Records Keeping).Jadi,
2. Pada pandangan cikgu,apakah unsur/maklumat yang
perlu saya ketengahkan nanti apabila penemuduga
bertanyakan soalan: Bagaimanakah anda mengaplikasikan
bidang pengajian anda semasa di universiti dan
pengalaman kerja anda dalam pengajaran murid-murid
Pemulihan Khas?
Ini bukanlah soalan berkenaan Pemulihan Khas tetapi
saya ingin meminta pendapat cikgu tentang perkara ini.
Saya akan berkahwin pada bulan September 2007 ini
dan saya akan menduduki temuduga KPLI pada 20 Ogos
2007.Jadi, apakah status yang perlu saya nyatakan di
dalam borang maklumat peribadi saya nanti (Bujang atau
Berkahwin)?
Harap cikgu dapat membantu saya dalam menjawab
persoalan-persoalan yang saya nyatakan di atas.
Sekian,terima kasih.
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments
Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009
More In Uncategorized
- Contoh Micro teaching Sains
- Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir
- Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah
- Guru sebagai Organizer
- Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Leave a Reply