Alhamdulillah..seorang lagi permata perguruan akhirnya bersinar
kpli July 26th, 2007Assalamualaikum,
Sori la cikgu sy ambil ms lama utk hantar testimoni ni..br ade ms dan idea.
Ini testimoni saya:
Ini kali pertama sy mendapat peluang utk temuduga KPLI Ambilan Julai 2007. Sblm ni sy sudah 3 kali memohon KPLI dan mungkin bukan rezeki saya lagi. Tapi x disangka-sangka June hari tu saya dipanggil untuk temuduga. Oleh kerana ianya kali pertama, jadi sy memang clueless ttg persediaan yang harus sy lakukan. Tetapi sy mmg bernasib baik kerana ada Tutor spt En Wan Faizol. Buku yg beliau hasilkan dan blog beliau byk membantu sy mendpt sedikit sebanyak idea ttg dunia pendidikan. Selain itu, beliau juga tidak lokek utk berkongsi pengetahuan secara personal dgn saya. Hasilnya, sy menjadi lebih yakin, dan x saya nafikan apa sahaja yg kami bincangkan, mostly ditanya dlm temuduga tersebut.
Sy merasa sgt gembira kerana sy dpt melalui temuduga tersebut dgn jayanya, dan Alhamdulillah rezeki berpihak pada sy kali ini. Saya berjaya dan ditawarkan tempat di Institut Perguruan Malaysia utk KPLI Ambilan Julai 2007 utk opsyen Bahasa Inggeris.
Sedikit pesanan dari sy, sy mmg sudah lama membeli buku panduan Mtest sejak dr thn 2004 lg, dan sy telah menyelesaikan latihan2 di dalam buku tersebut setiap kali Mtest. Tetapi mungkin bukan rezeki saya, sy x dpt tempat utk KPLI. Tapi sbg manusia kita jgn berputus asa, teruskan usaha. Setiap kali sy nk Mtest mesti sy akan buat latihan lagi dan membaca buku2 En Wan Faizol, dan akhirnya sy sudah dpt menguasai kemahiran menjawab soalan terutama soalan analitikal dgn baik. Seterusnya sy dapat melalui temuduga dgn baik juga hasil pertolongan En Wan Faizol. Dan hari ini sy sudah berada di Institut Perguruan Raja Melewar Seremban untuk meneruskan perjuangan saya demi menjadi PENDIDIK, setelah mencubanya sebanyak 4 kali.
Terima Kasih Cikgu.
Pn Rosfarizal Ibrahim (Cikgu Rosfarizal Ibrahim
)
Warning: require(/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php) [function.require]: failed to open stream: No such file or directory in /home/ekpli/public_html/blog/wp-includes/comment-template.php on line 300
Fatal error: require() [function.require]: Failed opening required '/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php' (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/ekpli/public_html/blog/wp-includes/comment-template.php on line 300