kpli - Written by Faizol on Wednesday, June 13, 2007 13:32 - 2 Comments

Ada calon KPLI yang bersedia membawa laptop untuk temuduga

Ada calon yang sanggup bawa laptop demi temuduga ?

laptop complete Ada calon KPLI yang bersedia membawa laptop untuk temuduga

Saya ada berbual-bual dengan salah seorang klien eKPLI dan saya terperanjat kerana selepas membaca dan mengkaji Formula temuduga KPLI, beliau mengambil keputusan untuk membawa sebuah laptop untuk meningkatkan kebarangkalian diterima masuk ke IPG. Beliau sangatlah teruja dengan idea-idea yang saya berikan di dalam manual lengkap KPLI dan telah mengkaji dengan teliti video-video serta nota-nota di blog.

Jadi usah terkejut jika anda terjumpa ada beberapa orang calon yang membawa laptop ketika temuduga nanti. Ia bukanlah wajib malah tidak disebutkan pun tetapi beliau memikirkan, persaingan untuk tahun 2008 adalah sengit lalu beliau mengambil keputusan untuk membawanya.

Tambahan pula, beliau sememangnya amat mahir dalam komputer dan animasi FLASH, jadi saya telah memberikan beberapa manual penting kepadanya supaya sesi temuduga beliau berlaku dengan jayanya. Bakat dan minat beliau sememangnya amat diperlukan di sekolah dan di Kementerian Pelajaran Malaysia, dan beliau yakin untuk ditemuduga.

Saya tahu mungkin ini sesuatu yang pelik dan tidak pernah dibuat oleh calon lain tetapi saya sukakan sikap beliau yang terbuka dan sentiasa ingin memajukan diri sendiri. Saya terpesona dengan idea-idea temuduga beliau dan menyakinkan beliau bahawa apa yang beliau sedang sediakan itu adalah lebih daripada memadai. Tetapi beliau tidak mahu bergantung hanya pada nasib sahaja, malah ingin memberikan 200% untuk temuduga pada bulan Ogos 2007 nanti.

Bukan niat saya untuk menakutkan sesiapa tetapi ini adalah realiti yang anda harus hadapi..Sebenarnya masih ramai lagi calon eKPLI yang sudah bersedia dengan bermacam-macam persediaan, dari pelbagai opsyen. Sungguh menarik dan menonjolkan pemikiran ‘di luar kotak’ dengan begitu baik sekali. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana anda semua sudahpun jelas dan tidak sabar-sabar lagi untuk ditemuduga.

Saya tidak mahu anda dikecewakan nanti kerana terlalu yakin atau terlalu ambil mudah tentang aspek temuduga ini. Saya juga tidak mahu anda keluar dari bilik temuduga dengan muka merah padam kerana GAGAL memenuhi kehendak dan keperluan penemuduga.

Ramai yang bertanya, bagaimanakah caranya saya membimbing calon-calon KPLI ? Jawapannya = Rahsia… ;)

Adakah anda juga mempunyai idea-idea begitu atau masih lagi menghafal isu-isu semasa negara ? Dapatkan segera Pakej Formula KPLI Luar Biasa edisi 2008 dengan segera di http://www.ekpli.com

Blog Widget by LinkWithin


2 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

liza
Jun 28, 2007 1:11

Thanks for the tip.

chris
Jul 26, 2007 13:43

Salam sejahtera buat Cikgu Wan…

Terima kasih diatas formula2 yang Cikgu Wan kongsikan bersama saya didalam eKPLI yang saya beli sebelum ujian MTEST yang lepas, syukur kepada Tuhan,saya berjaya melepasi ujian MTEST berkat panduan serta formula yang Cikgu Wan hantar kepada saya. Sekarang,saya amat berminat untuk mendapatkan Pakej Formula KPLI Luar Biasa edisi 2008 dengan segera . Saya dapat rasakan formula yang Cikgu Wan lampirkan adalah amat berguna dan efektif untuk saya pelajari sebelum ditemuduga bulan depan.

Leave a Reply

Comment

Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


Uncategorized - Aug 4, 2008 14:25 - 2 Comments

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

More In Uncategorized


A