Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

Uncategorized No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dan temuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .

Permarkahan dinilai berdasarkan :

1. Sijil-sijil yang lengkap


- jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)


- jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)


2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.


- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dan temuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )


3. Pengalaman Mengajar


4. Kemahiran Komunikasi


- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah 

ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi.  Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga. Calon yang bijak, tidak hanya bergantung kepada skema pemarkahan ini tetapi mereka mempunyai SECRET WEAPON.

SECRET WEAPON inilah yang dikongsi oleh saya nanti di dalam PAKEJ EKPLI.COM . Calon yang tidak tahu akan hal ini sudah tentu akan berada dalam kebingungan dan berasa tidak sedap hati sepanjang masa. Sedangkan calon-calon yang dilatih oleh saya, mereka masuk ke bilik temuduga dengan rasa tenang dan mampu menjawab dengan ringkas serta padat serta dapat menangkis apa jua persoalan yang dikemukakan nanti.

Dan yang lebih menggembirakan lagi, mereka tahu bagaimana untuk berhadapan dengan soalan-soalan bercorak PROVOKATIF dan bersifat SERANGAN PSIKOLOGI… Malah jika mereka tidak tahu atau tidak ingat fakta sekalipun, saya telah menyediakan beberapa modul khas untuk mereka gunakan, apabila mereka tidak mampu menjawab atau lidah mereka kelu kerana mereka tidak pasti dengan jawapan.

Dan jauh sekali anda akan mendengar calon-calon ekpli.com menjawab ‘Maaf cik, saya tidak tahu…’ …  Jika anda benar-benar serius ingin belajar dan mengkaji selok belok temuduga, hasil penyelidikan saya selama hampir 3 tahun, bolehlah ke laman web:

http://www.ekpli.com

Saya masih mengekalkan harga pada RM50, tetapi mungkin akan dinaikkan kepada RM70 sekiranya kos pengiklanan terus meningkat, jadi untuk seminggu dua ini..Anda masih dapat memiliki pakej khas ini pada harga RM50. Pakej akan diperolehi dalam tempoh 4 jam selepas pembayaran di buat, pihak saya akan memberikan

1. Download Link

2. Username dan Password

Setelah cukup 3 perkara di atas, anda boleh terus mendapatkan pakej itu dari mana-mana lokasi pada setiap masa. Sekian Terima Kasih dari saya dan SEMOGA BERJAYA !!

Contoh Micro teaching Sains

Uncategorized No Comments »

Di sini, ingin saya kongsikan bersama sebahagian daripada video-video micro teaching terbaik KPM. Guru-guru ini dipilih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) .

Kenangan ketika Bina Insan Guru 2005 di Tasik Kenyir

Uncategorized No Comments »

Bina Insan Guru adalah salah satu kursus wajib yang harus ditempuhi oleh setiap guru maktab, samaada guru KPLI atau guru KDPM…Dulu, saya berkursus di Tasik Kenyir bersama kawan-kawan yang lain. Tujuan kursus B.I.G di adakan adalah untuk menguji semangat dan mendedahkan bakal-bakal guru kepada aktiviti lasak. Sememangnya tidak mudah untuk menjadi guru, anda akan sentiasa mengalami ujian mental dan fizikal. Jika anda tidak mampu menangani stress dan mudah berputus asa, maka anda mungkin akan merasakan profesion perguruan adalah kerja yang membebankan sebenarnya.

Foto-foto ini merupakan kenangan bersama rakan-rakan KPLI 2005…masih terkenang sehingga sekarang..

Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah

Uncategorized No Comments »

Pendekatan Hands On Activity merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika PnP. Logiknya di sini, murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja.

Pendekatan ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal lagi, di mana ketika mereka di tahun satu lagi, sudah mengenal beberapa alat dan fungsi alat tersebut. Contohnya, dalam topik Conductivity of electric, murid tahun 3 dikehendaki mengenalpasti beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat objek-objek tersebut. Jadi, kita akan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh mengkonduksikan elektrik.

Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , KPS ) …setelah mereka mendapat objek-objek tersebut, tugas guru adalah memantau mereka supaya tidak membawa sebarang objek yang berbahaya ( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains )

Murid akan mula menguji bahan-bahan yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan litar…peringkat ini dikenali sebagai Experimentation ( satu lagi domain penting dalam KPS )…

Jadi, sebenarnya pihak kerajaan sedang bertungkus lumus untuk merevolusikan pendidikan sebenarnya. Peralihan dari pendekatan lama yang lebih bersifat chalk and talk akan berlaku, di mana pendekatan inquiry knowledge akan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Dan ini memerlukan calon guru yang sememangnya faham dan jelas akan apa yang dimahukan oleh KPM, calon yang bagaimanakah mempunyai ‘edge’ dan calon yang bagaimanakah yang akan gagal nanti.

Sudah tentu anda ingat kata-kata ini

sains kpli

Saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat dan saya buat saya faham ….Perkara ini akan dikupas dengan lebih lanjut di blog klien nanti, jadi kepada anda yang belum mendapatkan manual lengkap KPLI, sila dapatkan segera di http://www.ekpli.com ..

Guru sebagai Organizer

Uncategorized No Comments »

Video ini menunjukkan bahawa tugas guru adalah sangat luas dan dinamik, ketika hari sukan contohnya, guru berfungsi sebagai Organizer yang berperanan memastikan acara kawad kaki rumah sukan berjalan dengan lancar. Tidak seorangpun yang terkecuali, setiap guru akan diberikan tugas masing-masing.

Ini belum termasuk proses membuat padang lagi yang sungguh memenatkan…tetapi walau sesukar manapun, kerjaya guru tetap mengandungi 1001 kemanisan dan meninggalkan memori hingga ke akhir hayat.

Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah

Uncategorized No Comments »

Untuk calon yang memilih opsyen Science/Math/English primary school, anda akan dilatih sepenuhnya untuk menggunakan ICTL dalam PnP anda nanti. Inilah ‘Future’ pendidikan awal negara, di mana kita akan mengambil contoh perkembangan pendidikan di negara-negara barat yang sudah lama mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICTL. Penguasaan bahasa inggeris adalah salah satu kemestian. Jika calon tidak mampu mencapai tahap pencapaian minima bahasa inggeris untuk mengajar subjek-subjek kritikal tersebut, maka peluang anda adalah tipis. Namun begitu, ini bukan bermakna calon yang lemah tidak diberikan peluang lansung. Aspek ini dibincangkan dengan lebih mendalam dalam salah satu ebook yang akan anda miliki di http://www.ekpli.com.

Video ini menunjukkan Micro teaching yang agak witty dan berkesan. Jika anda memilih English sebagai opsyen utama, adalah amat wajar untuk melihat video ini dan melihat sendiri bagaimana seorang guru diuji dari segi kemampuan mengajar dan dari aspek ‘delivery’.

Bagaimanakah bakat mengajar diuji ?

Uncategorized No Comments »

Ramai klien yang bertanya kepada saya, bagaimanakah penemuduga dapat mengagak dan mengenalpasti potensi calon untuk mengajar dengan baik. Jadi saya sediakan beberapa video-video contoh bagaimana guru-guru baru KPLI dilatih untuk mengajar dan bagaimanakah caranya ia akan diuji nanti. Ada yang gagal, ada yang berjaya dan ada pula mendapat cemerlang. Di sini saya tunjukkan salah satu sesi mengajar yang dipanggil micro teaching. Micro teaching adalah salah satu method berkesan untuk menguji tahap pencapaian PnP guru-guru baru.

Bagaimana ?

Guru tersebut akan diberikan satu sub topik dan satu objektif pengajaran, guru tersebut hanya akan memfokus kepada sub topik dan objektif yang ingin dicapai sahaja.

Contohnya untuk Science Primary School

Learning Area : Classifying animals

Jika dilihat di sini, topik classifying animals adalah terlalu luas . Jadi seorang guru itu perlu bijak memecahkannya kepada komponen-komponen kecil dan memilih salah satu komponen yang difikirkan relevan dengan aras pencapaian murid tersebut. Video ini menunjukkan topik Year 3 Science dan beliau memilih ‘number of legs’ di dalam micro teaching beliau.

Micro teaching adalah subset kepada Macro Teaching. Macro Teaching merujuk kepada satu sesi mengajar yang lengkap, biasanya mengambil masa dari 30 minit - sejam bergantung kepada keperluan PnP.

Tugas guru bukan hanya di bilik darjah sahaja

Uncategorized No Comments »

Seorang guru yang bagus mestilah memiliki kriteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan kepada mengajar di dalam kelas sahaja. Guru adalah global, meliputi setiap aspek pembangunan anak murid, anda sudah tentu masih ingat akan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek

1. Keseimbangan

2. JERIS

Contohnya,

Seorang guru adalah bertanggungjawab penuh ke atas murid ketika acara sukan dijalankan. Tiada siapa lagi di sekolah yang akan menganjurkan acara sukan selain guru. Bermula dengan pemilihan murid sehinggalah kepada peringkat menyediakan padang, semuanya adalah terletak di atas bahu seorang guru.

Jadi, buang semua mindset anda sekarang ( jika ada ) yang mengatakan :

‘Aku hanya akan mengajar subjek ______ ketika berada di sekolah dan tidak akan terlibat dengan aktiviti lain’

Buang sejauh mungkin mindset ini, jika tidak anda hanya akan kecewa apabila berada di sekolah nanti. Tidap pernah ada di dalam sejarah perguruan, seorang guru hanya datang ke sekolah untuk mengajar di dalam kelas sahaja. Tugas guru adalah antara tugas paling unik di dunia kerana anda akan memegang ‘banyak jawatan’ tanpa anda sedari nanti


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory