Mitos Temuduga KPLI/DPLI 2009

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Temuduga, temuduga KPLI, temuduga dpli, dpli No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ramai yang menghantar email, menghantar sms dan menelefon saya bertanyakan tentang temuduga.. Saya faham…Pada ketika ini, anda tidak mampu lagi untuk membuat kesilapan untuk temuduga kerana impaknya adalah terlalu besar. Kepada klien ekpli.com yang sudah memiliki pakej lengkap ekpli versi 2008/2009, saya ucapkan semoga berjaya dan manfaatkanlah ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin..Tapi bagaimana pula dengan calon lain yang masih bertangguh dan merasakan mereka sudah ‘hebat’ dan tidak perlu bersedia untuk proses temuduga ?

Ingin saya jelaskan di sini, beberapa mitos temuduga KPLI/DPLI

1. Untuk berjaya dalam temuduga kpli/dpli, saya perlu ada KABEL

Ini adalah antara mitos paling popular yang saya jumpa. Calon merasakan mereka perlukan KABEL atau bantuan orang dalam untuk berjaya dalam temuduga sedangkan ternyata, daripada tahun 2003 hingga sekarang, majoriti calon yang berjaya adalah calon yang tidak bergantung pada bantuan orang dalam. Mereka berusaha keras untuk berjaya dan penemuduga juga tidak ‘menyampah’ dengan mereka. Tahukah anda, majoriti penemuduga amat benci dengan calon yang cuba memasuki bidang perguruan dengan cara menggunakan bantuan orang dalam ? Penemuduga bukanlah calang-calang orang, yang mudah ditipu dan diperdaya. Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan IPG, pensyarah-pensyarah yang berbelas-belas tahun mengabdikan diri untuk menghasilkan guru-guru di Malaysia dan Pengarah-pengarah pendidikan di IPG seluruh negara. Golongan-golongan profesional ini sebenarnya dilatih untuk menemuduga calon, bukan main pilih tangkap muat sahaja jadi berhati-hati…Ada calon yang dihalau dari bilik penemuduga kerana ketika itu, calon dengan tan segan silunya menceritakan perihal bapa saudaranya, yang merupakan antara VIP di Malaysia..

2. Temuduga Perguruan adalah SAMA sahaja dengan temuduga mohon kerja yang lain 

Ini satu lagi mitos besar dalam temuduga kpli mahupun dpli. Yang lebih mengejutkan, ada calon yang sebelum ini bekerja sebagai panel penemuduga ( bahagian Human Resource Syarikat ), calon ini memang tugasnya menemuduga pekerja-pekerja baru di syarikat tempat beliau bekerja sebelum ini  juga GAGAL dalam temuduga kpli/dpli. Ya memang mengejutkan. Bukan seorang dua tetapi terlalu ramai yang menganggap persediaan temuduga perguruan adalah sama dengan persediaan temuduga kerja yang lain, sedangkan ia ibarat minyak dan air. Mereka melakukan pendekatan yang STEREOTYPE, dan membosankan, di mana majoriti calon lain juga mengamalkan teknik dan kaedah yang sama, malah jawapan mereka pun hampir sama. Apabila ini berlaku, calon-calon akan kelihatan BIASA sahaja di mata penemuduga dan tiada bezanya dengan calon lain, yang mungkin lebih hebat dari segi pencapaian akademik mereka.Bagaimana untuk ‘Stand Out’ sedangkan orang lain, terutamanya calon yang memiliki pakej ekpli.com datang untuk temuduga dengan keadaan bersedia dan sarat dengan maklumat serta KEJUTAN ?

Ada calon yang pernah ditemuduga sehingga 3 kali dan 3 kali juga gagal kerana masih mengamalkan kaedah yang lama dan STEREOTYPE..Mereka gagal memenuhi apakah Kehendak Penemuduga, khususnya Kehendak Kementerian Pendidikan, sebaliknya calon-calon ini terlalu yakin dengan proses temuduga mereka serta seringkali Syok Sendiri bila sedang ditemuduga.

dan banyak lagi mitos-mitos besar yang tidak diketahui oleh calon. Ini sangat membimbangkan dan yang peliknya, mereka tidak ambil pusing tentang perkara-perkara ini. Mereka lebih suka menyambung kerja asal mereka, membaca buku-buku rujukan Perkhidmatan Awam yang berlambak-lambak di pasaran dan menunggu hari temuduga. Ini adalah satu kerugian, lebih-lebih lagi merugikan apabila mereka sendiri tidak tahu apakah yang akan mereka hadapi nanti.

Saya berharap dengan adanya pakej ekpli.com di http://www.ekpli.com  , sedikit sebanyak beban anda untuk menghadapi temuduga dapat diringankan..Bukan itu sahaja, malah saya sentiasa meluangkan masa untuk calon. Saya tidak kisah jika calon menelefon saya hatta pada jam 2-3 pagi pun semata-mata untuk bertanya dan berbincang kerana bagi saya, kejayaan untuk bergelar seorang guru itu terlalu MANIS…ia perlukan usaha berterusan dan usaha yang betul. Tiada maknanya jika ada calon yang masih ego dan masih bersikap ‘aku dah tahu’ kerana dibimbangi, calon tersebut akan menggigit jari dan menyesal setelah keputusan diumumkan.

Tiada guna lagi menyesal ketika itu….Pada ketika itulah,calon yang gagal akan membuat rayuan, bersama-sama ribuan calon lain dan mengharapkan belas ihsan orang lain, pendek kata nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun sudah terlewat..Calon merasakan mereka berhak membuat rayuan dan bila mereka mendengar orang lain yang merayu juga mendapat tempat, mereka pun turut serta membuat rayuan secara membabi buta tanpa mempunyai visi yang jelas tentang dunia perguruan..

Tips Temuduga DPLI ambilan 2009

Temuduga, Testimoni Klien KPLI 2008 No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pertama sekali izinkan saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon ekpli.com yang telah berjaya melepasi medsi ..Tidak lupa juga, ucapan tahniah saya kepada bakal-bakal Guru Sandaran Tak Terlatih yang sudah ditemuduga di Pejabat-pejabat PPD masing-masing.. Untuk persediaan temuduga DPLI ambilan 2009, saya cadangkan anda untuk berfikir sejenak dan meletakkan anda di tempat seorang bakal guru yang akan diberikan tanggungjawab mengajar di sekolah menengah…

Ramai yang bertanya saya apakah pendekatan terbaik untuk sekolah menengah dan apakah perbezaannya dengan sekolah rendah…

Memang..terlalu jauh perbezaan mengajar di sekolah menengah dan rendah, lebih-lebih lagi sekiranya anda memilih sekolah menengah. Penemuduga antara lain ingin mengetahui sejauh manakah penguasaan calon terhadap

CORE KNOWLEDGE 

Apakah core knowledge dan bagaimanakah core knowledge ini dapat memisahkan antara calon yang layak dan calon yang tidak layak diterima masuk menjadi guru ? Core knowledge inilah juga yang akan meningkatkan impresi awal penemuduga terhadap calon, terutamanya bagi opsyen-opsyen yang sangat kritikal dan memerlukan tenaga pengajar yang sangat spesifik dan boleh diberikan tanggungjawab tersebut tanpa timbul isu-isu ‘masalah kerja’.

Banyak lagi sebenarnya aspek yang diuji secara tidak lansung , jadi anggapan calon yang terlalu asyik memikirkan tentang isu-isu negara dan menghafal buku ‘Malaysia Kita’ akan menjadi tak relevan lagi..Ini kerana ramai calon sudah sedar akan ‘pemarkahan sebenar’ pensyarah-pensyarah maktab..The things that is less obvious by us but a major issue with them..perkara-perkara ini ada saya hurai kan selanjutnya dalam pakej ekpli.com..kepada calon yang masih belum mendapatkan Pakej ekpli.com , saya cadangkan anda mendapatkannya di bawah :

Rahsia Lulus Cemerlang KPLI dan DPLI untuk persiapan MTEST dan MEDSI, lengkap dengan panduan TEMUDUGA

http://www.ekpli.com

Oh ya, ada juga calon yang bertanya saya, adakah terdapat lagi panduan yang dijual secara online ? Saya tahu ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dan menjual produk merapu-rapu yang lansung TAK RELEVAN dengan temuduga perguruan..Jadi saya nasihatkan kepada calon supaya berfikir masak-masak sebelum membeli apa-apa sahaja produk yang dijual di internet, kerana sesiapapun boleh meletakkan apa sahaja claim, sanggup itu ini, terbaik, murah dan apa sahaja TETAPI adakah benar laman web tersebut memberikan yang terbaik ?

Saya ada menerima beberapa aduan calon yang TERKENA dan menyesal selepas membeli produk individu-individu tak bertanggungjawab ini..Sudahlah mereka memberikan manual/panduan yang tak lengkap, mereka buat acuh tak acuh sahaja bila pembeli ingin menghubungi…Telefon tak diangkat, SMS tak dijawab dan macam-macam lagi …

Mereka-mereka ini menggunakan laman web percuma seperti tripod.com kerana bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa…Untuk maklumat anda semua, laman-laman WEB percuma itu bila-bila masa sahaja boleh dibuat dan bila-bila masa sahaja pemilik laman web itu boleh ‘melarikan diri’. Walaupun ada diletakkan alamat tetapi pembeli ada memberitahu saya bahawa alamat itu adalah ALAMAT BOHONG …ini disebabkan pembeli itu juga berada di kawasan si penjual yang menggunakan ALAMAT BOHONG tersebut, dan mendapati TIDAK PERNAH WUJUD ALAMAT tersebut…Bagaimana anda hendak menjejaki penjual tersebut jika tak berpuas hati dengan produk dan akhirnya anda ditipu dengan helah harga murah dan 1001 helah mereka lagi ?

Dan saya mendapat berita lagi dari pembeli yang ‘TERKENA’ bahawa bagi melindungi tipu muslihat mereka, mereka gunakan ORANG PEREMPUAN untuk melayan segala panggilan melalui telefon/Yahoo Messenger…Ini memberikan satu perasaan ’selamat’ bagi pembeli, walhal sebenarnya itu merupakan jerat paling bahaya.

Jadi saya nasihatkanlah kepada pembeli supaya berfikir dahulu sebelum membeli dan usah membeli panduan temuduga seperti membeli barang di Pasaraya Maidin … Lebihkan kualiti daripada segala-galanya, InsyaAllah akan berjaya..

Untuk posting seterusnya, saya akan berkongsi bersama anda semua bukti-bukti terbaru calon ekpli.com yang sudah berjaya menerusi beberapa posting mereka di forum khas ekpli.com ? apakah forum khas ini dan bagaimanakah ia telah membantu ramai sekali calon baru untuk berjaya ? saya akan kongsi dalam posting seterusnya..

Sehingga berjumpa lagi… Salam Ukhuwah dari saya, cikgu Wan Faizol..

Sambutan ekpli.com di luar dugaan

Temuduga No Comments »

Alhamdulillah, setakat ini saya telah menerima banyak feedback-feedback positif dan calon-calon yang mengaplikasikan teknik-teknik ekpli .com sudah ramai yang sudah berada di maktab…Jadi anda bila pula ?

Ini adalah survey terbaru yang saya jalankan ke atas klien-klien ekpli.com dan alhamdulillah, keputusannya amat positif.

Setakat ini sahaja, saya sudahpun memuatkan hampir 50 video-video panduan rahsia temuduga KPLI di portal rahsia klien. Antaranya memang tidak mungkin akan dijumpai di mana-mana tempat yang lain, dan tidak dinyatakan di mana-mana buku serta rujukan online sekalipun..

Keputusan Survey Produk KPLI ekpli.com

Testimoni terbaru KPLI

kpli, Temuduga No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Beberapa calon ekpli sudah berjaya ke IPG setelah ditemuduga pada ambilan Julai 2007 yang lepas, saya ada masukkan video perkongsian penglaman dengan mereka di link di bawah ini…Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon yang berjaya dan kepada calon yang masih belum mendapatkan manual EKPLI, segeralah membuat keputusan kerana kita tidak ada cukup masa lagi.

Calon Ekpli berkongsi pengalaman temuduga

( sila klik pada link di atas ini untuk melihat video tersebut, terima kasih )


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory