Mitos Temuduga KPLI/DPLI 2009

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Temuduga, temuduga KPLI, temuduga dpli, dpli No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ramai yang menghantar email, menghantar sms dan menelefon saya bertanyakan tentang temuduga.. Saya faham…Pada ketika ini, anda tidak mampu lagi untuk membuat kesilapan untuk temuduga kerana impaknya adalah terlalu besar. Kepada klien ekpli.com yang sudah memiliki pakej lengkap ekpli versi 2008/2009, saya ucapkan semoga berjaya dan manfaatkanlah ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin..Tapi bagaimana pula dengan calon lain yang masih bertangguh dan merasakan mereka sudah ‘hebat’ dan tidak perlu bersedia untuk proses temuduga ?

Ingin saya jelaskan di sini, beberapa mitos temuduga KPLI/DPLI

1. Untuk berjaya dalam temuduga kpli/dpli, saya perlu ada KABEL

Ini adalah antara mitos paling popular yang saya jumpa. Calon merasakan mereka perlukan KABEL atau bantuan orang dalam untuk berjaya dalam temuduga sedangkan ternyata, daripada tahun 2003 hingga sekarang, majoriti calon yang berjaya adalah calon yang tidak bergantung pada bantuan orang dalam. Mereka berusaha keras untuk berjaya dan penemuduga juga tidak ‘menyampah’ dengan mereka. Tahukah anda, majoriti penemuduga amat benci dengan calon yang cuba memasuki bidang perguruan dengan cara menggunakan bantuan orang dalam ? Penemuduga bukanlah calang-calang orang, yang mudah ditipu dan diperdaya. Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan IPG, pensyarah-pensyarah yang berbelas-belas tahun mengabdikan diri untuk menghasilkan guru-guru di Malaysia dan Pengarah-pengarah pendidikan di IPG seluruh negara. Golongan-golongan profesional ini sebenarnya dilatih untuk menemuduga calon, bukan main pilih tangkap muat sahaja jadi berhati-hati…Ada calon yang dihalau dari bilik penemuduga kerana ketika itu, calon dengan tan segan silunya menceritakan perihal bapa saudaranya, yang merupakan antara VIP di Malaysia..

2. Temuduga Perguruan adalah SAMA sahaja dengan temuduga mohon kerja yang lain 

Ini satu lagi mitos besar dalam temuduga kpli mahupun dpli. Yang lebih mengejutkan, ada calon yang sebelum ini bekerja sebagai panel penemuduga ( bahagian Human Resource Syarikat ), calon ini memang tugasnya menemuduga pekerja-pekerja baru di syarikat tempat beliau bekerja sebelum ini  juga GAGAL dalam temuduga kpli/dpli. Ya memang mengejutkan. Bukan seorang dua tetapi terlalu ramai yang menganggap persediaan temuduga perguruan adalah sama dengan persediaan temuduga kerja yang lain, sedangkan ia ibarat minyak dan air. Mereka melakukan pendekatan yang STEREOTYPE, dan membosankan, di mana majoriti calon lain juga mengamalkan teknik dan kaedah yang sama, malah jawapan mereka pun hampir sama. Apabila ini berlaku, calon-calon akan kelihatan BIASA sahaja di mata penemuduga dan tiada bezanya dengan calon lain, yang mungkin lebih hebat dari segi pencapaian akademik mereka.Bagaimana untuk ‘Stand Out’ sedangkan orang lain, terutamanya calon yang memiliki pakej ekpli.com datang untuk temuduga dengan keadaan bersedia dan sarat dengan maklumat serta KEJUTAN ?

Ada calon yang pernah ditemuduga sehingga 3 kali dan 3 kali juga gagal kerana masih mengamalkan kaedah yang lama dan STEREOTYPE..Mereka gagal memenuhi apakah Kehendak Penemuduga, khususnya Kehendak Kementerian Pendidikan, sebaliknya calon-calon ini terlalu yakin dengan proses temuduga mereka serta seringkali Syok Sendiri bila sedang ditemuduga.

dan banyak lagi mitos-mitos besar yang tidak diketahui oleh calon. Ini sangat membimbangkan dan yang peliknya, mereka tidak ambil pusing tentang perkara-perkara ini. Mereka lebih suka menyambung kerja asal mereka, membaca buku-buku rujukan Perkhidmatan Awam yang berlambak-lambak di pasaran dan menunggu hari temuduga. Ini adalah satu kerugian, lebih-lebih lagi merugikan apabila mereka sendiri tidak tahu apakah yang akan mereka hadapi nanti.

Saya berharap dengan adanya pakej ekpli.com di http://www.ekpli.com  , sedikit sebanyak beban anda untuk menghadapi temuduga dapat diringankan..Bukan itu sahaja, malah saya sentiasa meluangkan masa untuk calon. Saya tidak kisah jika calon menelefon saya hatta pada jam 2-3 pagi pun semata-mata untuk bertanya dan berbincang kerana bagi saya, kejayaan untuk bergelar seorang guru itu terlalu MANIS…ia perlukan usaha berterusan dan usaha yang betul. Tiada maknanya jika ada calon yang masih ego dan masih bersikap ‘aku dah tahu’ kerana dibimbangi, calon tersebut akan menggigit jari dan menyesal setelah keputusan diumumkan.

Tiada guna lagi menyesal ketika itu….Pada ketika itulah,calon yang gagal akan membuat rayuan, bersama-sama ribuan calon lain dan mengharapkan belas ihsan orang lain, pendek kata nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun sudah terlewat..Calon merasakan mereka berhak membuat rayuan dan bila mereka mendengar orang lain yang merayu juga mendapat tempat, mereka pun turut serta membuat rayuan secara membabi buta tanpa mempunyai visi yang jelas tentang dunia perguruan..

Calon temuduga KPLI berkongsi pengalaman temuduga

temuduga KPLI No Comments »

Beberapa klien ekpli.com sama2 berkongsi pengalaman temuduga mereka..beberapa perkataan terpaksa saya hilangkan untuk memelihara kerahsiaan www.ekpli.com .. klien yang mempunyai nick name Ratu, sama-sama kita analisis temuduga beliau :

Pada sesi individu pula saya dipanggil masuk pada pukul 12 tghari.
**still pakai name tag kertas tu, jgn cabut lagi**
saya masuk jer, terus letakkan file dan salinan sijil2…

P/duga 1 bertanya sambil melihat sijil2 dan mencatit… tidak melihat muka saya pun… antara soalannya: xxxxxx? XXX berapa? XXXX berapa? apa aktiviti XXXX ? apa XXXXX  yg pernah di pegang? sekarang XXX di mana? kenapa nak jadi guru sdgkan XXXXX ?
sanggup ke pergi ke pedalaman? kat sana nnti tak boleh pakai kasut tinggi? apa yg mmbuktikan u ni sanggup pergi ke pendalaman?

p/duga ke 2 pula tanya sekarang ni XXXXX tak? XXXX!.. XXX faham tak? XXX kerja kat mana? apa XXXX  pendidikan yg u tau? saya jawab la pasal XXX… apa objektifnya.. secara ringkas.
then dia tanya lagi ada berapa XXX ? saya jawab XXXXX .
apa  XXXX? XXXXX perguruan tu apa yg kamu faham? sy pun jawab la secara ringkas… bla… bla.. bla…

Then… dia tanya lagi lain2 topik apa yg u tau? saya pun jawab : akhir2 ini sering diperkatakan di media berkaitan tindakan XXXX  di salah ertikan oleh ibu bapa dan campurtangan pelbagai XXX… bla… bla… bla… ending nya “apalah salahnya jika seorg guru tu XXXXX  @ pendekatan XXX terlebih dahulu sblum mghukum murid - dan biarlah mhukum itu XXXXX ”

P/duga 2 tu mengangguk2kan kepala. kemudia menambah… itu hanyalah kes2 terpencil sahaja yg jarang2 berlaku… biasa lah guru pun XXX , kamu pernah XXXX dia tak dengar kata? saya jawab pernah. Haa… guru pun manusia biasa kan? ya, saya jawab.

P/duga 1 & 2 : kamu betul2 sanggup ke pendalaman? Ya sanggup tuan.
Saya XXXXX

P/duga 1 : Tahap penguasaan XXXX? sederhana… pastu dia suruh citer jer apa2 topik dlm XXX. Saya pun citer berkaitan cXXXX . Pastu dia tanya whats different of XXXXX ? saya pun jawab lar… bla…bla… then dia kata r u sure? Yes very sure sir.

Then dia cakap ok lah, u boleh isi borang XXXXX .

Saya pun isi dan sign. Kemudian mengucapkan terima kasih serta harapan.

Thats all….

Utk pengetahuan semua, ke dua2 penemuduga saya sgt baik dan seperti kami berbual2 jer…
P/duga 2 ialah: TIMBALAN XXXXX
P/duga 1 ialah : XXXXX IPG.

Itu sajer pengalaman yg saya boleh kongsikan pada anda semua…

Thanx pd u all semua yg mdoakan saya.
Semoga kita sama2 berjaya.
AMIN.
Bye…
Kita online semula pada Disember, selepas result keluar…

Ini adalah tahun pertama saya mengenali eKPLI , mengenali Cg Wan, dan kali pertama saya study bersungguh2, kali pertama juga lulus Mtest, dan kali pertama di panggil interview…
setelah 4 kali memohon.
Terima kasih cikgu!
_________________
Ratu


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory