Harga Kekal RM50

kpli 3 Comments »

Perhatian buat pembeli Ebook ekpli.com,

Adalah diumumkan di sini bahawa harga pakej ekpli akan dikekalkan RM50 hingga ke bulan Ogos..Sila abaikan pengumuman di halaman pembelian yang menetapkan harga RM70 selepas 30 hb, harga tersebut sudahpun dibatalkan dan harga ebook akan dikekalkan pada RM50

Sekian terima kasih

Priority peperiksaan Mtest..ramai yang tidak tahu

kpli No Comments »

Calon-calon KPLI seluruh negara sudah pun balik ke rumah masing-masing hari ini setelah bergelut dengan Mtest pada pagi ini…Bagaimanakah yang anda dapat rasakan ? Sudah tentu ada calon yang menjawab :

‘ Tak sempat’

‘ Nasib baik study semalam’

‘ Nape cepat sangat habis masa ? ‘

‘ Tawakkal aje lah, dah usaha sebelum ni’

‘ Menyesalnya aku tak tido awal semalam ‘

‘ Nape rasa ngantuk sangat masa jawab math tadi ?’

Apa apa pun jawapannya, mtest sudah berlalu..Tetapi tahukah anda, bagaimana skor anda akan dikira nanti…Perhatikan dulu …Masihkah anda ingat susunan exam pagi tadi ?

‘Start dengan paper mana ?’

‘Berakhir dengan paper mana ?’

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, susunan priority untuk anda skor adalah seperti berikut :

1.Matematik

2.English

3. Insak

4. Analitikal

5. BM

ini bermakna, pihak Bahagian Pendidikan Guru sebenarnya meletakkan math, english, dan insak sebagai pendahulu kepada subjek-subjek lain….Kerana itulah, saya sudahpun berpesan kepada klien-klien bahawa untuk Mtest kali ini, tumpuan sebenar anda adalah subjek yang mana ? Dan bagaimanakah kesannya kepada skor keseluruhan anda nanti..

Sengaja pihak BPG meletakkan English sebagai susunan priority kedua, tahukah anda mengapa ?

Ini adalah disebabkan masa depan sekolah rendah sudah tidak sama dengan dulu…Jika dulu, murid belajar matematik dan sains di dalam bahasa melayu, kini sudah dalam bahasa inggeris.

Jika dahulu, kelas pemulihan hanya memulihkan murid dalam bahasa melayu, kini guru pemulihan diwajibkan untuk menguasai bahasa inggeris lantaran matematik sudahpun mula di ajar sepenuhnya di dalam bahasa inggeris

Jadi saya harap anda sudapun dapat melihat, future pendidikan di Malaysia sebenarnya dan kenapakah anda WAJIB mendapatkan manual temuduga saya untuk persediaan bulan Ogos 2007 ini nanti….

Ianya mungkin perkara kecil bagi anda tetapi tidak kepada pihak penemuduga….dan jika calon datang untuk ditemuduga dengan hanya bersandarkan bacaan-bacaan outdated dan hanya sekadar menghafal falsafah pendidikan kebangsaan sahaja, sudah tentu teruk anda akan terkena nanti…

Dan kerana itulah, untuk persediaan bulan Ogos ini, saya bersusah payah membuat survey, bertanya, membuat research dan melakukan hampir segala-galanya untuk anda, dengan harapan anda akan masuk ke bilik temuduga dengan rasa penuh yakin dan tidak dikuasai perasaan takut-takut lagi….

Oh ya, klien-klien sekalian…tugas anda baru sahaja bermula…..bulan Ogos terdapat satu lagi cabaran yang perlu anda semua hadapi, bersiap-sedialah dengan membaca dan mempraktikkan tips-tips yang saya berikan di blog klien nanti…

‘Small changes do bring BIG changes…for those who know the exact secrets and the right recipes’….

Wan Faizol b Wan Mat

http://www.ekpli.com

Emotional Intelligence adalah wajib untuk guru KPLI

kpli No Comments »

Ok, selain rujukan-rujukan opsyen, saya juga akan berkongsi dengan anda beberapa research berkenaan Emotional Intelligence dan kenapakah anda perlu ‘cakna’ akan perkara ini ?

Apakah Emotional Intelligence ? Kenapa pula anda perlu belajar berkenaannya pula ? apa kaitan antara emotional intelligence dengan profesion perguruan ? Semuanya akan saya jawab di blog klien nanti, InsyaAllah.

Untuk lebih memahami apa itu emotional intelligence, jom kita tengok video ini dulu dan beritahu saya apa yang sedang anda fikirkan ?

Tambahan rujukan khas untuk opsyen pemulihan khas

kpli 1 Comment »

Oh ya, hari ini saya mendapat dua lagi buku rujukan yang sangat baik untuk persediaan klien ekpli untuk menghadapi temuduga Ogos ini…Untuk opsyen pemulihan khas, di mana buku2 ini mengandungi banyak sekali kandungan dan idea yang boleh diaplikasi ketika temuduga nanti…Saya juga sedang mengumpulkan beberapa CD prasekolah yang digunakan oleh guru pemulihan di sekolah….Anda lihat sendiri beberapa cut-scene mengajar murid pemulihan sendiri yang telah dipersetujui oleh guru pemulihan di sekolah.

prasekolah kpli 1

prasekolah kpli 2

Rahsia Klien Opsyen Pemulihan Ekpli.com …Apa beza dengan calon lain ?

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 1 Comment »

Saya akan menggunakan buku-buku ini untuk menghasilkan satu manual spesifik untuk calon yang memilih opsyen pemulihan di sekolah rendah. Buku ini disarankan oleh guru-guru pemulihan yang lain dan isinya sangat bagus.. Persediaan yang lengkap untuk menghadapi sesi temuduga nanti…Kepada klien ospyen pemulihan, kita akan ‘kasi gegar’ sama penemuduga. Jika sebelum ini penemuduga yang menggertak calon, tahun ini kita pula yang akan memberi

kpli prasekolah

’satu persembahan temuduga yang penemuduga tidak akan lupakan ‘ … Saya harap anda benar-benar memanfaatkan segala material yang telah saya berikan kerana every single materials is important…

kita akan surprise penemuduga dengan beberapa kejutan baru untuk mereka tahun ini..biar mereka tertanya-tanya tentang kita dan bukan kita yang tertanya-tanya tentang mereka pula… Kepada calon opsyen pemulihan yang masih belum mendapatkan pakej lengkap KPLI 2008, saya sarankan untuk mendapatkannya secepat mungkin, bukan apa nanti boleh study awal sikit…

Untuk opsyen pemulihan pula, saya sudahpun berjaya mendapatkan ‘rujukan’ yang pasti dapat mengubah nasib anda nanti, terdapat 8 fail semuanya.. Punyalah susah untuk saya mendapatkannya, 4 buah sekolah saya terpaksa pergi semata-mata untuk anda…buat betul-betul masa temuduga nanti, jangan bikin malu…. just latih soalan2 yang saya beri di blog klien baru ( 2008 ) , saya tidak boleh beritahu dari masa saya dapat sumber tu, guna aje… itu rahsia kita aje…

Ini hanya 1% sahaja daripada kesemua bahan yang akan saya berikan kepada KLIEN nanti..Jangan risau, saya dah buat appoinment dengan beberapa calon tahun lepas yang sudah berjaya..Kita sama-sama share di blog KLIEN nanti…;)

Hanya untuk KLIEN saya sahaja…Jika berminat, anda tahu apakah cara-caranya.. Cepat-cepat, mtest ada berapa hari aje lagi ni…. cepat cepat cepat !!

oh ya, inilah antara material yang akan kita guna nanti untuk preparation temuduga pemulihan…video dalam proses…nak siap..

kpli prasekolah

Ramai yang keliru tentang KPLI prasekolah.

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 1 Comment »

Ramai yang keliru tentang KPLI prasekolah.

Anggapan mereka, prasekolah adalah tugas paling ‘relaks’ tetapi awas, apa yang anda lihat dan fikir mungkin akan mengecewakan anda nanti.

Ramai calon guru baru beranggapan bahawa menguruskan budak-budak di bawah umur 7 tahun adalah sesuatu yang amat mudah dan kacang untuk dilakukan.

Tahukah anda, guru baru yang lansung tidak menepati syarat-syarat mengajar di prasekolah tetapi berjaya juga masuk dek kerana ‘pakai kabel’ tetapi akhirnya tewas dan meletakkan jawatan ?

Benarkah guru-guru KPLI prasekolah ‘relaks’ di sekolah ?

Benarkah amat mudah untuk memasuki opsyen ini ?

Tahukah anda beberapa cerita mengejutkan berkenaan guru-guru KPLI yang ‘karam’ setelah mula ditempatkan ?

Tahukah anda skema-skema pemarkahan khas untuk temuduga prasekolah ?

Realiti Penempatan Guru KPLI ke pedalaman

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah No Comments »

Realiti Penempatan Guru KPLI ke pedalaman

Sebut sahaja pedalaman, semua orang akan mula berkerut dahi dan mula berfikir semula untuk menjadi guru. Tetapi, adalah polisi baru KPM di mana setiap guru baru menjelang 2008 akan ditempatkan di kawasan pedalaman. Tahukah anda kenapa ?

Ini adalah disebabkan kekurangan guru-guru terlatih di kawasan-kawasan tersebut yang membawa kepada beberapa implikasi :

1. Wujudnya jurang pendidikan yang luas antara rakyat luar bandar dan bandar
2. Berlaku peningkatan dalam keciciran murid di sekolah akibat tidak boleh menguasai 3M

Bagaimana jika anda sendiri ditanya oleh penemuduga,

‘Sanggupkah kamu ditempatkan di kawasan pedalaman?’
Saya tahu, anda sudah bersedia dengan jawapannya namun benarkah apa yang dikata dan ingin dikota nanti ? Adakah ia hanya ucapan manis dibibir sahaja atau memang jauh dilubuk hati anda, ingin mendidik dan mengajar anak-anak bangsa, tidak kira di mana mereka berada ?

Sebelum kita berbincang panjang lebar mengenai perkara ini, saya ingin berkongsi sebuah video yang menyentuh hati tentang hidup seorang murid di kawasan pedalaman. Sama-samalah kita berfikir dan merenung sejenak tentang cita-cita dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru-guru baru, khususnya bagi guru KPLI.


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory