Diari Harian Seorang Guru
Diari Harian Seorang Guru - Tuesday, January 5, 2010 17:07 - 24 Comments
Tahun Baru 2010 bersama azam baru seorang guru
Alhamdulillah,
Sudah hampir 4 tahun sy bergelar guru. Tahun 2010 adalah antara tahun paling mencabar bagi saya kerana diamanahkan kelas-kelas killer. Berbeza dengan tahun lepas , dimana fokus sy adalah pada kelas cream, 3c yang telah saya bentuk seelok mungkin dalam subjek sains. Kelas Ic pula, saya bentuk dalam subjek english dan motivasi belajar. Kemudian kelas 6 Unggul, di mana misi saya adalah menaikkan peratus lulus sehingga 50% dan tidak sesekali membiarkan graf prestasi sains tahun 2009 jatuh..Alhamdulillah semua itu telah saya capai tahun lepas
Bermulalah cabaran 2010 .. Saya diberikan kelas yang hampir serupa, 3C ..misi saya masih sama, untuk sains dan menyediakan murid2 itu, untuk laluan sukar tahun 4 .. dan ya, mereka sekali lagi akan di’drill’ berkali-kali berkenaan apa itu SPS dan Variables ..
Dan untuk tahun ini, muzik pula ditambah masa mengajar ..hmm ..pelik
Kepada prospek dan pembeli, sudah sekian lama anda semua ingin melihat gambar saya..inilah saya, cikgu Wan Faizol, pemilik asal ekpli.com .. bersama anak sulung saya, Wan Nur Aisyah Daniah ..

InsyaALLAH, saya akan terus menulis walaupun kadangkala masa terlalu cemburukan saya, lantaran itu membataskan usaha saya utk blogging
Recent Comments