Tugas guru bukan hanya di bilik darjah sahaja

Uncategorized No Comments »

Seorang guru yang bagus mestilah memiliki kriteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan kepada mengajar di dalam kelas sahaja. Guru adalah global, meliputi setiap aspek pembangunan anak murid, anda sudah tentu masih ingat akan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek

1. Keseimbangan

2. JERIS

Contohnya,

Seorang guru adalah bertanggungjawab penuh ke atas murid ketika acara sukan dijalankan. Tiada siapa lagi di sekolah yang akan menganjurkan acara sukan selain guru. Bermula dengan pemilihan murid sehinggalah kepada peringkat menyediakan padang, semuanya adalah terletak di atas bahu seorang guru.

Jadi, buang semua mindset anda sekarang ( jika ada ) yang mengatakan :

‘Aku hanya akan mengajar subjek ______ ketika berada di sekolah dan tidak akan terlibat dengan aktiviti lain’

Buang sejauh mungkin mindset ini, jika tidak anda hanya akan kecewa apabila berada di sekolah nanti. Tidap pernah ada di dalam sejarah perguruan, seorang guru hanya datang ke sekolah untuk mengajar di dalam kelas sahaja. Tugas guru adalah antara tugas paling unik di dunia kerana anda akan memegang ‘banyak jawatan’ tanpa anda sedari nanti

Ramai yang keliru tentang KPLI prasekolah.

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 1 Comment »

Ramai yang keliru tentang KPLI prasekolah.

Anggapan mereka, prasekolah adalah tugas paling ‘relaks’ tetapi awas, apa yang anda lihat dan fikir mungkin akan mengecewakan anda nanti.

Ramai calon guru baru beranggapan bahawa menguruskan budak-budak di bawah umur 7 tahun adalah sesuatu yang amat mudah dan kacang untuk dilakukan.

Tahukah anda, guru baru yang lansung tidak menepati syarat-syarat mengajar di prasekolah tetapi berjaya juga masuk dek kerana ‘pakai kabel’ tetapi akhirnya tewas dan meletakkan jawatan ?

Benarkah guru-guru KPLI prasekolah ‘relaks’ di sekolah ?

Benarkah amat mudah untuk memasuki opsyen ini ?

Tahukah anda beberapa cerita mengejutkan berkenaan guru-guru KPLI yang ‘karam’ setelah mula ditempatkan ?

Tahukah anda skema-skema pemarkahan khas untuk temuduga prasekolah ?

Realiti Penempatan Guru KPLI ke pedalaman

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah No Comments »

Realiti Penempatan Guru KPLI ke pedalaman

Sebut sahaja pedalaman, semua orang akan mula berkerut dahi dan mula berfikir semula untuk menjadi guru. Tetapi, adalah polisi baru KPM di mana setiap guru baru menjelang 2008 akan ditempatkan di kawasan pedalaman. Tahukah anda kenapa ?

Ini adalah disebabkan kekurangan guru-guru terlatih di kawasan-kawasan tersebut yang membawa kepada beberapa implikasi :

1. Wujudnya jurang pendidikan yang luas antara rakyat luar bandar dan bandar
2. Berlaku peningkatan dalam keciciran murid di sekolah akibat tidak boleh menguasai 3M

Bagaimana jika anda sendiri ditanya oleh penemuduga,

‘Sanggupkah kamu ditempatkan di kawasan pedalaman?’
Saya tahu, anda sudah bersedia dengan jawapannya namun benarkah apa yang dikata dan ingin dikota nanti ? Adakah ia hanya ucapan manis dibibir sahaja atau memang jauh dilubuk hati anda, ingin mendidik dan mengajar anak-anak bangsa, tidak kira di mana mereka berada ?

Sebelum kita berbincang panjang lebar mengenai perkara ini, saya ingin berkongsi sebuah video yang menyentuh hati tentang hidup seorang murid di kawasan pedalaman. Sama-samalah kita berfikir dan merenung sejenak tentang cita-cita dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru-guru baru, khususnya bagi guru KPLI.


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory