Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

Uncategorized No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dan temuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .

Permarkahan dinilai berdasarkan :

1. Sijil-sijil yang lengkap


- jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)


- jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)


2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.


- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dan temuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )


3. Pengalaman Mengajar


4. Kemahiran Komunikasi


- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah 

ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi.  Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga. Calon yang bijak, tidak hanya bergantung kepada skema pemarkahan ini tetapi mereka mempunyai SECRET WEAPON.

SECRET WEAPON inilah yang dikongsi oleh saya nanti di dalam PAKEJ EKPLI.COM . Calon yang tidak tahu akan hal ini sudah tentu akan berada dalam kebingungan dan berasa tidak sedap hati sepanjang masa. Sedangkan calon-calon yang dilatih oleh saya, mereka masuk ke bilik temuduga dengan rasa tenang dan mampu menjawab dengan ringkas serta padat serta dapat menangkis apa jua persoalan yang dikemukakan nanti.

Dan yang lebih menggembirakan lagi, mereka tahu bagaimana untuk berhadapan dengan soalan-soalan bercorak PROVOKATIF dan bersifat SERANGAN PSIKOLOGI… Malah jika mereka tidak tahu atau tidak ingat fakta sekalipun, saya telah menyediakan beberapa modul khas untuk mereka gunakan, apabila mereka tidak mampu menjawab atau lidah mereka kelu kerana mereka tidak pasti dengan jawapan.

Dan jauh sekali anda akan mendengar calon-calon ekpli.com menjawab ‘Maaf cik, saya tidak tahu…’ …  Jika anda benar-benar serius ingin belajar dan mengkaji selok belok temuduga, hasil penyelidikan saya selama hampir 3 tahun, bolehlah ke laman web:

http://www.ekpli.com

Saya masih mengekalkan harga pada RM50, tetapi mungkin akan dinaikkan kepada RM70 sekiranya kos pengiklanan terus meningkat, jadi untuk seminggu dua ini..Anda masih dapat memiliki pakej khas ini pada harga RM50. Pakej akan diperolehi dalam tempoh 4 jam selepas pembayaran di buat, pihak saya akan memberikan

1. Download Link

2. Username dan Password

Setelah cukup 3 perkara di atas, anda boleh terus mendapatkan pakej itu dari mana-mana lokasi pada setiap masa. Sekian Terima Kasih dari saya dan SEMOGA BERJAYA !!

Mitos Temuduga KPLI/DPLI 2009

kpli, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Temuduga, temuduga KPLI, temuduga dpli, dpli No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ramai yang menghantar email, menghantar sms dan menelefon saya bertanyakan tentang temuduga.. Saya faham…Pada ketika ini, anda tidak mampu lagi untuk membuat kesilapan untuk temuduga kerana impaknya adalah terlalu besar. Kepada klien ekpli.com yang sudah memiliki pakej lengkap ekpli versi 2008/2009, saya ucapkan semoga berjaya dan manfaatkanlah ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin..Tapi bagaimana pula dengan calon lain yang masih bertangguh dan merasakan mereka sudah ‘hebat’ dan tidak perlu bersedia untuk proses temuduga ?

Ingin saya jelaskan di sini, beberapa mitos temuduga KPLI/DPLI

1. Untuk berjaya dalam temuduga kpli/dpli, saya perlu ada KABEL

Ini adalah antara mitos paling popular yang saya jumpa. Calon merasakan mereka perlukan KABEL atau bantuan orang dalam untuk berjaya dalam temuduga sedangkan ternyata, daripada tahun 2003 hingga sekarang, majoriti calon yang berjaya adalah calon yang tidak bergantung pada bantuan orang dalam. Mereka berusaha keras untuk berjaya dan penemuduga juga tidak ‘menyampah’ dengan mereka. Tahukah anda, majoriti penemuduga amat benci dengan calon yang cuba memasuki bidang perguruan dengan cara menggunakan bantuan orang dalam ? Penemuduga bukanlah calang-calang orang, yang mudah ditipu dan diperdaya. Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan IPG, pensyarah-pensyarah yang berbelas-belas tahun mengabdikan diri untuk menghasilkan guru-guru di Malaysia dan Pengarah-pengarah pendidikan di IPG seluruh negara. Golongan-golongan profesional ini sebenarnya dilatih untuk menemuduga calon, bukan main pilih tangkap muat sahaja jadi berhati-hati…Ada calon yang dihalau dari bilik penemuduga kerana ketika itu, calon dengan tan segan silunya menceritakan perihal bapa saudaranya, yang merupakan antara VIP di Malaysia..

2. Temuduga Perguruan adalah SAMA sahaja dengan temuduga mohon kerja yang lain 

Ini satu lagi mitos besar dalam temuduga kpli mahupun dpli. Yang lebih mengejutkan, ada calon yang sebelum ini bekerja sebagai panel penemuduga ( bahagian Human Resource Syarikat ), calon ini memang tugasnya menemuduga pekerja-pekerja baru di syarikat tempat beliau bekerja sebelum ini  juga GAGAL dalam temuduga kpli/dpli. Ya memang mengejutkan. Bukan seorang dua tetapi terlalu ramai yang menganggap persediaan temuduga perguruan adalah sama dengan persediaan temuduga kerja yang lain, sedangkan ia ibarat minyak dan air. Mereka melakukan pendekatan yang STEREOTYPE, dan membosankan, di mana majoriti calon lain juga mengamalkan teknik dan kaedah yang sama, malah jawapan mereka pun hampir sama. Apabila ini berlaku, calon-calon akan kelihatan BIASA sahaja di mata penemuduga dan tiada bezanya dengan calon lain, yang mungkin lebih hebat dari segi pencapaian akademik mereka.Bagaimana untuk ‘Stand Out’ sedangkan orang lain, terutamanya calon yang memiliki pakej ekpli.com datang untuk temuduga dengan keadaan bersedia dan sarat dengan maklumat serta KEJUTAN ?

Ada calon yang pernah ditemuduga sehingga 3 kali dan 3 kali juga gagal kerana masih mengamalkan kaedah yang lama dan STEREOTYPE..Mereka gagal memenuhi apakah Kehendak Penemuduga, khususnya Kehendak Kementerian Pendidikan, sebaliknya calon-calon ini terlalu yakin dengan proses temuduga mereka serta seringkali Syok Sendiri bila sedang ditemuduga.

dan banyak lagi mitos-mitos besar yang tidak diketahui oleh calon. Ini sangat membimbangkan dan yang peliknya, mereka tidak ambil pusing tentang perkara-perkara ini. Mereka lebih suka menyambung kerja asal mereka, membaca buku-buku rujukan Perkhidmatan Awam yang berlambak-lambak di pasaran dan menunggu hari temuduga. Ini adalah satu kerugian, lebih-lebih lagi merugikan apabila mereka sendiri tidak tahu apakah yang akan mereka hadapi nanti.

Saya berharap dengan adanya pakej ekpli.com di http://www.ekpli.com  , sedikit sebanyak beban anda untuk menghadapi temuduga dapat diringankan..Bukan itu sahaja, malah saya sentiasa meluangkan masa untuk calon. Saya tidak kisah jika calon menelefon saya hatta pada jam 2-3 pagi pun semata-mata untuk bertanya dan berbincang kerana bagi saya, kejayaan untuk bergelar seorang guru itu terlalu MANIS…ia perlukan usaha berterusan dan usaha yang betul. Tiada maknanya jika ada calon yang masih ego dan masih bersikap ‘aku dah tahu’ kerana dibimbangi, calon tersebut akan menggigit jari dan menyesal setelah keputusan diumumkan.

Tiada guna lagi menyesal ketika itu….Pada ketika itulah,calon yang gagal akan membuat rayuan, bersama-sama ribuan calon lain dan mengharapkan belas ihsan orang lain, pendek kata nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun sudah terlewat..Calon merasakan mereka berhak membuat rayuan dan bila mereka mendengar orang lain yang merayu juga mendapat tempat, mereka pun turut serta membuat rayuan secara membabi buta tanpa mempunyai visi yang jelas tentang dunia perguruan..

Tips Temuduga DPLI ambilan 2009

Temuduga, Testimoni Klien KPLI 2008 No Comments »

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pertama sekali izinkan saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon ekpli.com yang telah berjaya melepasi medsi ..Tidak lupa juga, ucapan tahniah saya kepada bakal-bakal Guru Sandaran Tak Terlatih yang sudah ditemuduga di Pejabat-pejabat PPD masing-masing.. Untuk persediaan temuduga DPLI ambilan 2009, saya cadangkan anda untuk berfikir sejenak dan meletakkan anda di tempat seorang bakal guru yang akan diberikan tanggungjawab mengajar di sekolah menengah…

Ramai yang bertanya saya apakah pendekatan terbaik untuk sekolah menengah dan apakah perbezaannya dengan sekolah rendah…

Memang..terlalu jauh perbezaan mengajar di sekolah menengah dan rendah, lebih-lebih lagi sekiranya anda memilih sekolah menengah. Penemuduga antara lain ingin mengetahui sejauh manakah penguasaan calon terhadap

CORE KNOWLEDGE 

Apakah core knowledge dan bagaimanakah core knowledge ini dapat memisahkan antara calon yang layak dan calon yang tidak layak diterima masuk menjadi guru ? Core knowledge inilah juga yang akan meningkatkan impresi awal penemuduga terhadap calon, terutamanya bagi opsyen-opsyen yang sangat kritikal dan memerlukan tenaga pengajar yang sangat spesifik dan boleh diberikan tanggungjawab tersebut tanpa timbul isu-isu ‘masalah kerja’.

Banyak lagi sebenarnya aspek yang diuji secara tidak lansung , jadi anggapan calon yang terlalu asyik memikirkan tentang isu-isu negara dan menghafal buku ‘Malaysia Kita’ akan menjadi tak relevan lagi..Ini kerana ramai calon sudah sedar akan ‘pemarkahan sebenar’ pensyarah-pensyarah maktab..The things that is less obvious by us but a major issue with them..perkara-perkara ini ada saya hurai kan selanjutnya dalam pakej ekpli.com..kepada calon yang masih belum mendapatkan Pakej ekpli.com , saya cadangkan anda mendapatkannya di bawah :

Rahsia Lulus Cemerlang KPLI dan DPLI untuk persiapan MTEST dan MEDSI, lengkap dengan panduan TEMUDUGA

http://www.ekpli.com

Oh ya, ada juga calon yang bertanya saya, adakah terdapat lagi panduan yang dijual secara online ? Saya tahu ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dan menjual produk merapu-rapu yang lansung TAK RELEVAN dengan temuduga perguruan..Jadi saya nasihatkan kepada calon supaya berfikir masak-masak sebelum membeli apa-apa sahaja produk yang dijual di internet, kerana sesiapapun boleh meletakkan apa sahaja claim, sanggup itu ini, terbaik, murah dan apa sahaja TETAPI adakah benar laman web tersebut memberikan yang terbaik ?

Saya ada menerima beberapa aduan calon yang TERKENA dan menyesal selepas membeli produk individu-individu tak bertanggungjawab ini..Sudahlah mereka memberikan manual/panduan yang tak lengkap, mereka buat acuh tak acuh sahaja bila pembeli ingin menghubungi…Telefon tak diangkat, SMS tak dijawab dan macam-macam lagi …

Mereka-mereka ini menggunakan laman web percuma seperti tripod.com kerana bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa…Untuk maklumat anda semua, laman-laman WEB percuma itu bila-bila masa sahaja boleh dibuat dan bila-bila masa sahaja pemilik laman web itu boleh ‘melarikan diri’. Walaupun ada diletakkan alamat tetapi pembeli ada memberitahu saya bahawa alamat itu adalah ALAMAT BOHONG …ini disebabkan pembeli itu juga berada di kawasan si penjual yang menggunakan ALAMAT BOHONG tersebut, dan mendapati TIDAK PERNAH WUJUD ALAMAT tersebut…Bagaimana anda hendak menjejaki penjual tersebut jika tak berpuas hati dengan produk dan akhirnya anda ditipu dengan helah harga murah dan 1001 helah mereka lagi ?

Dan saya mendapat berita lagi dari pembeli yang ‘TERKENA’ bahawa bagi melindungi tipu muslihat mereka, mereka gunakan ORANG PEREMPUAN untuk melayan segala panggilan melalui telefon/Yahoo Messenger…Ini memberikan satu perasaan ’selamat’ bagi pembeli, walhal sebenarnya itu merupakan jerat paling bahaya.

Jadi saya nasihatkanlah kepada pembeli supaya berfikir dahulu sebelum membeli dan usah membeli panduan temuduga seperti membeli barang di Pasaraya Maidin … Lebihkan kualiti daripada segala-galanya, InsyaAllah akan berjaya..

Untuk posting seterusnya, saya akan berkongsi bersama anda semua bukti-bukti terbaru calon ekpli.com yang sudah berjaya menerusi beberapa posting mereka di forum khas ekpli.com ? apakah forum khas ini dan bagaimanakah ia telah membantu ramai sekali calon baru untuk berjaya ? saya akan kongsi dalam posting seterusnya..

Sehingga berjumpa lagi… Salam Ukhuwah dari saya, cikgu Wan Faizol..

Klien KPLI yang telah berpuas hati dengan prestasi temuduganya …syabas !!

Testimoni Klien KPLI 2008 No Comments »

Saya terima satu lagi respon dari klien , nickname = Siti

Beginilah hasil beliau selepas berhempas pulas prepare untuk temuduga KPLItq cgu wan….

’sy mmg lega sbb sy dh buat yg tbaik.. skrg sy tawakal je pd Tuhan… smoga hajat sy tcapai…

cgu wan dan kwn2 byk mbantu.. sy ucapkan tima kasih byk2… hanya Tuhan je blh balas jasa korang… smoga kejayaan milik kita..

sama2lh kita bdoa ye…

yg blom g int… buat shabis baik… yakin pd diri….
Chayok!!! Very Happy

Perkongsian calon KPLI pada minggu ini .. part 2

Testimoni Klien KPLI 2008 No Comments »

 Alhamdulillah seorang lagi klien ekpli.com berjaya melalui satu sesi temuduga dengan begitu baik dan tenang sekali :

nickname :nizar

Saya intvw 16/8 IPDA 2ptg..
soalan sy sama je macam XXXX utk sesi kumpulan..
masa ni ada calon yg lari tajuk (punya nak nampak mcm byk idea), soalan pasal XXXX dia pi cerita XXXX.. heheh..
tp panel nampak cam rileks jer, mcm xde respon sgt..
group kami 4org dah kerja, 1 br je grad..

masa sesi indvdu, xde pun XXXX, XXX apa2 pun..
tp yg lecehnya mula2 dh kena tnya pasal XXXXX
‘bagi kaitan pembangunan XXX dgn pendidikan, serta masa depan XXXX  di peringkat Global’ fully english.. terdiam jugak kena camtu.. pakai XXXXXX je la, mmg x sangka.. ingat suh terang pasal XXXXX  je.

lagi cerita pasal career opportunity XXXX (dlm english jugak)

1st in BM dia tanya apa beza XXXX , dan layakkah XXXX menjadi guru (kebetulan salah seorang calon XXXX )

pastu dia tanya apa relation XXXX  dgn XXXX, saya cerita je panjang2 (yg ni dah prepare) ; )

pastu camne nk terapkan XXXXX pada kanak2 dan camne nk bitau yg XXXX  yg kanak2 XXXXX ke x

pastu lg kenapa XXXXX , cerita tentang XXXXX..
sy cita habis panjang lebar smpi dia kata ‘ok ok cukup,nampaknya awak memang dah sedia maklum keadaan XXXXX’

pastu dia tnya lagi ‘oleh sebab awak dah XXXX , kalo kami bagi kamu peluang menjadi guru, apa nasib calon2 yang XXXX, bukankah ini XXXXX mereka?’


yg ni terpaksa XXXX  habis2an, antara jawapan ialah ‘XXXXXX’
Evil or Very Mad

nak kuar cam biasa la buat final blow, dia pun cakap XXXX..
siap tgk markah atas meja lg, dapat dlm XXXX .. ;)

Perkongsian calon KPLI pada minggu ini .. part 1

Testimoni Klien KPLI 2008 No Comments »

 Inilah antara perkongsian calon-calon eKPLI.com selepas ditemuduga untuk minggu ini..saya pecahkan kepada part-part supaya mudah untuk di susun galur selepas ini

Nickname : saya2 ( perkongsian 1 )

Alhamdulillah, dah lps pn intvw.. mase 2 mmg XXXXXX  masa cakap.. tp saye dah kluarkan semua idea yg saye tau.. so skrg saye tawakal je.. harap2 berjaya..

okla, mase intw b’kumpulan saya ditanye ttg “XXXXXXX”..dia suruh bagi pandangan masing2..then, ke-2 dia nak tau ape XXXXXX yg kita plak..

Utk sesi individu plak, mule2 dia tanye soalan2 XXXXX.. XXXX?kenapa XXXX skrg ni?… then, dia suruh terangkan XXXXX .. akhir skali, dia suruh XXXXX  yg saya tau..

tp, alhamdullillah saye mampu jawab hampir kesemua soalan except 1, mase 2 saye betul2 lupe ape itu XXXXX.. tp nasib baik penemuduga 2 bantu sikit… so kwn2 jgn terlupe baca XXXXX tau..

Calon temuduga KPLI berkongsi pengalaman temuduga

temuduga KPLI No Comments »

Beberapa klien ekpli.com sama2 berkongsi pengalaman temuduga mereka..beberapa perkataan terpaksa saya hilangkan untuk memelihara kerahsiaan www.ekpli.com .. klien yang mempunyai nick name Ratu, sama-sama kita analisis temuduga beliau :

Pada sesi individu pula saya dipanggil masuk pada pukul 12 tghari.
**still pakai name tag kertas tu, jgn cabut lagi**
saya masuk jer, terus letakkan file dan salinan sijil2…

P/duga 1 bertanya sambil melihat sijil2 dan mencatit… tidak melihat muka saya pun… antara soalannya: xxxxxx? XXX berapa? XXXX berapa? apa aktiviti XXXX ? apa XXXXX  yg pernah di pegang? sekarang XXX di mana? kenapa nak jadi guru sdgkan XXXXX ?
sanggup ke pergi ke pedalaman? kat sana nnti tak boleh pakai kasut tinggi? apa yg mmbuktikan u ni sanggup pergi ke pendalaman?

p/duga ke 2 pula tanya sekarang ni XXXXX tak? XXXX!.. XXX faham tak? XXX kerja kat mana? apa XXXX  pendidikan yg u tau? saya jawab la pasal XXX… apa objektifnya.. secara ringkas.
then dia tanya lagi ada berapa XXX ? saya jawab XXXXX .
apa  XXXX? XXXXX perguruan tu apa yg kamu faham? sy pun jawab la secara ringkas… bla… bla.. bla…

Then… dia tanya lagi lain2 topik apa yg u tau? saya pun jawab : akhir2 ini sering diperkatakan di media berkaitan tindakan XXXX  di salah ertikan oleh ibu bapa dan campurtangan pelbagai XXX… bla… bla… bla… ending nya “apalah salahnya jika seorg guru tu XXXXX  @ pendekatan XXX terlebih dahulu sblum mghukum murid - dan biarlah mhukum itu XXXXX ”

P/duga 2 tu mengangguk2kan kepala. kemudia menambah… itu hanyalah kes2 terpencil sahaja yg jarang2 berlaku… biasa lah guru pun XXX , kamu pernah XXXX dia tak dengar kata? saya jawab pernah. Haa… guru pun manusia biasa kan? ya, saya jawab.

P/duga 1 & 2 : kamu betul2 sanggup ke pendalaman? Ya sanggup tuan.
Saya XXXXX

P/duga 1 : Tahap penguasaan XXXX? sederhana… pastu dia suruh citer jer apa2 topik dlm XXX. Saya pun citer berkaitan cXXXX . Pastu dia tanya whats different of XXXXX ? saya pun jawab lar… bla…bla… then dia kata r u sure? Yes very sure sir.

Then dia cakap ok lah, u boleh isi borang XXXXX .

Saya pun isi dan sign. Kemudian mengucapkan terima kasih serta harapan.

Thats all….

Utk pengetahuan semua, ke dua2 penemuduga saya sgt baik dan seperti kami berbual2 jer…
P/duga 2 ialah: TIMBALAN XXXXX
P/duga 1 ialah : XXXXX IPG.

Itu sajer pengalaman yg saya boleh kongsikan pada anda semua…

Thanx pd u all semua yg mdoakan saya.
Semoga kita sama2 berjaya.
AMIN.
Bye…
Kita online semula pada Disember, selepas result keluar…

Ini adalah tahun pertama saya mengenali eKPLI , mengenali Cg Wan, dan kali pertama saya study bersungguh2, kali pertama juga lulus Mtest, dan kali pertama di panggil interview…
setelah 4 kali memohon.
Terima kasih cikgu!
_________________
Ratu

Ujian kecergasan KPLI Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah No Comments »

ujian amali Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merangkumi

1. Komposisi- penguji akan mengukur tinggi, berat badan, pinggang dan juga punggung (bagi perempuan)

2. anda kena buat sit-up… ada 5 jenis…

3. pumping, bagi lelaki, straight dan bagi pompuan cuma letak lutut dan pump up!

4. kelenturan badan-anda duduk kaki lurus kedepan, dan lunjur tangan sejauh yang mungkin.

5. lontar bola keranjang ke dinding- kat dinding tu ada cam dart punyer circle.. tgh tgh markah tiga luar skit 2 dan luar skali 1 markah.

6. menggelecek- dia letak kon dan anda perlu berlari macam ular, dengan membawa bola keranjang.

7. berdiri setempat kemudian lompat sejauh yang mungkin.. lagi jauh lagi bagus.

8. last skali larian.. atau dorang panggil “bleep test” search internet utk ketahui apa itu “bleep test”… atau rujuk disini —> http://www.topendsports.com/testing/beephome.htm

Untuk calon yang inginkan panduan lengkap KPLI, bolehlah singgah-singgah di www.ekpli.com untuk maklumat lengkap mengenai pakej ini.

Alhamdulillah..seorang lagi permata perguruan akhirnya bersinar

kpli 1 Comment »

Assalamualaikum,

Sori la cikgu sy ambil ms lama utk hantar testimoni ni..br ade ms dan idea.

Ini testimoni saya:

Ini kali pertama sy mendapat peluang utk temuduga KPLI Ambilan Julai 2007. Sblm ni sy sudah 3 kali memohon KPLI dan mungkin bukan rezeki saya lagi. Tapi x disangka-sangka June hari tu saya dipanggil untuk temuduga. Oleh kerana ianya kali pertama, jadi sy memang clueless ttg persediaan yang harus sy lakukan. Tetapi sy mmg bernasib baik kerana ada Tutor spt En Wan Faizol. Buku yg beliau hasilkan dan blog beliau byk membantu sy mendpt sedikit sebanyak idea ttg dunia pendidikan. Selain itu, beliau juga tidak lokek utk berkongsi pengetahuan secara personal dgn saya. Hasilnya, sy menjadi lebih yakin, dan x saya nafikan apa sahaja yg kami bincangkan, mostly ditanya dlm temuduga tersebut.

Sy merasa sgt gembira kerana sy dpt melalui temuduga tersebut dgn jayanya, dan Alhamdulillah rezeki berpihak pada sy kali ini. Saya berjaya dan ditawarkan tempat di Institut Perguruan Malaysia utk KPLI Ambilan Julai 2007 utk opsyen Bahasa Inggeris.

Sedikit pesanan dari sy, sy mmg sudah lama membeli buku panduan Mtest sejak dr thn 2004 lg, dan sy telah menyelesaikan latihan2 di dalam buku tersebut setiap kali Mtest. Tetapi mungkin bukan rezeki saya, sy x dpt tempat utk KPLI. Tapi sbg manusia kita jgn berputus asa, teruskan usaha. Setiap kali sy nk Mtest mesti sy akan buat latihan lagi dan membaca buku2 En Wan Faizol, dan akhirnya sy sudah dpt menguasai kemahiran menjawab soalan terutama soalan analitikal dgn baik. Seterusnya sy dapat melalui temuduga dgn baik juga hasil pertolongan En Wan Faizol. Dan hari ini sy sudah berada di Institut Perguruan Raja Melewar Seremban untuk meneruskan perjuangan saya demi menjadi PENDIDIK, setelah mencubanya sebanyak 4 kali.

Terima Kasih Cikgu.

Pn Rosfarizal Ibrahim (Cikgu Rosfarizal Ibrahim )

Sambutan ekpli.com di luar dugaan

Temuduga No Comments »

Alhamdulillah, setakat ini saya telah menerima banyak feedback-feedback positif dan calon-calon yang mengaplikasikan teknik-teknik ekpli .com sudah ramai yang sudah berada di maktab…Jadi anda bila pula ?

Ini adalah survey terbaru yang saya jalankan ke atas klien-klien ekpli.com dan alhamdulillah, keputusannya amat positif.

Setakat ini sahaja, saya sudahpun memuatkan hampir 50 video-video panduan rahsia temuduga KPLI di portal rahsia klien. Antaranya memang tidak mungkin akan dijumpai di mana-mana tempat yang lain, dan tidak dinyatakan di mana-mana buku serta rujukan online sekalipun..

Keputusan Survey Produk KPLI ekpli.com


   Designed By:  SadhWeb Directory  &  WP Theme

Sponsored By:  Affiliate Marketing Blog  &  Paid Directory